Home Nasional MARA sasar 596 usahawan wanita terima kemudahan pembiayaan
Nasional

MARA sasar 596 usahawan wanita terima kemudahan pembiayaan

MARA sasar 596 usahawan wanita terima kemudahan pembiayaan

Foto hiasan

SEREMBAN, 2 September- Majlis Amanah Rakyat (MARA) Negeri Sembilan menyasarkan seramai 596 usahawan menerima kemudahan pembiayaan dengan peruntukan berjumlah RM23 juta tahun ini.

Exco Kanan Kerajaan Negeri Sembilan Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, ia melibatkan 16 skim pembiayaan perniagaan serta tiga geran padanan kepada usahawan Melayu dan bumiputera.

Sehingga 30 Ogos lalu seramai 184 usahawan telah menerima kemudahan MARA dengan nilai RM21.5 juta.

\”Saya lihat penglibatan wanita terhadap aktiviti keusahawanan ini dari tahun ke tahun menunjukkan pertambahan. Saya ucapkan terima kasih kepada MARA, Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Getah (RISDA), Felda dan juga beberapa entiti kerajaan bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

\”…yang telah memperkenalkan pelbagai program untuk memberikan sokongan dan dorongan kepada mereka untuk memperkasakan aktiviti keusahawanan mereka,\” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Penutup Program Pemerkasaan Wanita 2024, di sini.

Sehingga Ogos 2024, seramai 171 orang atau 38 peratus usahawan wanita yang menyewa di premis MARA di Negeri Sembilan.

Manakala 72 usahawan wanita telah memperolehi kemudahan pembiayaan dengan nilai berjumlah RM8.5 juta.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....