Home Nasional PM New Zealand mulakan lawatan rasmi hari ini
Nasional

PM New Zealand mulakan lawatan rasmi hari ini

PM New Zealand mulakan lawatan rasmi hari ini

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyambut ketibaan rakan sejawatannya dari New Zealand, Christopher Luxon di Kompleks Perdana Putra, Putrajaya / Foto RTM

PUTRAJAYA, 2 September – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyambut ketibaan rakan sejawatannya dari New Zealand, Christopher Luxon, dalam satu Majlis Sambutan Rasmi di Kompleks Perdana Putra, di sini.

Luxon, yang tiba bersama delegasinya pada pukul 10.00 pagi, turut disambut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Turut hadir dalam majlis tersebut, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz serta Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Sebaik tiba, Christopher Luxon memeriksa barisan Kawalan Kehormatan Utama yang terdiri daripada anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja, diiringi Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja.

Perdana Menteri New Zealand itu memulakan lawatan rasmi sulungnya ke Malaysia sebaik tiba di KLIA, pada Ahad.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....