Home Nasional Bot pukat tunda hilang hampir dua tahun ditemui di Thailand
Nasional

Bot pukat tunda hilang hampir dua tahun ditemui di Thailand

Bot pukat tunda hilang hampir dua tahun ditemui di Thailand

Foto Bernama / Hiasan

ALOR SETAR, 2 September – Sebuah bot pukat tunda Zon B yang berpangkalan di Kuala Kedah berjaya ditemui di Thailand selepas hampir dua tahun dilaporkan hilang.

Bot tersebut, yang dilaporkan hilang pada 16 Disember 2022 berjaya dibawa pulang ke Malaysia hasil kerjasama antara Jabatan Perikanan Malaysia, Pasukan Polis Marin Langkawi dan pihak berkuasa Thailand.

Pengarah Perikanan Negeri Kedah, Pang Anak Nyukang memaklumkan bot berkenaan dipercayai telah dilarikan ke Tammalang, Wilayah Satun, Thailand.

Beliau berkata, pihak berkuasa Thailand melaporkan penemuan bot tersebut dalam keadaan tenggelam di jeti nelayan di negara itu.

\”Hasil hubungan dan kerjasama yang baik antara pihak berkuasa kedua-dua buah negara, bot tersebut telah diserahkan semula pada pihak kerajaan Malaysia pada majlis penyerahan yang diadakan di Satun Provincial Custom House, Thailand,\” katanya menerusi kenyataan.

Tambah Pang, bot tersebut telah ditunda dan ditahan sementara di Pangkalan Utama Konservasi dan Perlindungan Perikanan Kuala Kedah bagi siasatan lanjut oleh Jabatan Perikanan sebelum diserahkan kepada pemilik asalnya.

Pang turut menasihati para nelayan agar lebih berhati-hati menjaga keselamatan bot masing-masing dan segera melaporkan sebarang masalah kepada pihak jabatan untuk membolehkan tindakan pantas diambil bagi menangani masalah tersebut.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....