Home Nasional Ahmad Zahid tiba di Timor Leste, mulakan lawatan rasmi
Nasional

Ahmad Zahid tiba di Timor Leste, mulakan lawatan rasmi

Ahmad Zahid tiba di Timor Leste, mulakan lawatan rasmi

Foto Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR, 28 Ogos- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selamat tiba di lapangan terbang Presidente Nicolau Lobato untuk lawatan rasmi ke Timor Leste bermula dari hari ini hingga 30 Ogos.

Beliau menerusi satu hantaran di Facebook berkata, ketibaannya disambut penuh kemeriahan oleh rakan sejawatnya, Naib Perdana Menteri 1, Francisco Kalbualdi Lay dan Naib Perdana Menteri 2, Eng. Mariano Assanami Sabino, serta turut bersama-sama ialah Duta Malaysia di Timor Leste Datuk Amarjit Sarjit Singh.

\”Semoga lawatan rasmi ini dapat memperkukuhkan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Timor Leste, serta dapat merencana kerjasama ekonomi dan beberapa projek kolaborasi pendidikan yang memberi manfaat kepada kedua-dua negara.

\”Teruskan ikuti perkembangan terkini sepanjang lawatan saya di sini,\” katanya menerusi hantaran itu.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....