Home Nasional Negeri Sembilan komited bantu anak negeri agar tidak tercicir dalam pelajaran
Nasional

Negeri Sembilan komited bantu anak negeri agar tidak tercicir dalam pelajaran

Negeri Sembilan komited bantu anak negeri agar tidak tercicir dalam pelajaran

Datuk Seri Aminuddin Harun berucap pada Malam Gala Sempena Sambutan 25 tahun UiTM sebagai sebuah universiti di Seremban / FOTO RTM

SEREMBAN, 29 Ogos- Kerajaan Negeri Sembilan komited membantu golongan pelajar terdiri daripada anak-anak negeri yang tidak berkemampuan supaya tidak tercicir dalam pelajaran.

Menurut Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, kerajaan negeri yakin usaha itu akan memberi suntikan semangat kepada golongan berkenaan untuk menimba ilmu tanpa perlu risau tentang bayaran yuran dan kos sara hidup.

\”Saya meminta senarai jika ada anak-anak Negeri Sembilan yang memerlukan bantuan supaya diserahkan kepada saya unyuk kita bantumelalui Majlis Agama Islam melalui Yayasan Negeri Sembilan supaya anak-anak ini tidak tercicir di universiti,\”katanya.

Beliau berkata demikian kepada RTM pada Malam Gala Sempena Sambutan 25 tahun UiTM sebagai sebuah universiti di Seremban.

UiTM meraikan sambutan itu serentak di seluruh negara pada malam tadi selepas pembangunan entiti itu sebagai organisasi pendidikan pada tahun 1956.

UiTM telah melahirkan ramai graduan berkualiti dalam melengkapkan kehendak pelbagai industri dalam dan luar negara.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....