Home Nasional Rakyat Palestin pulang jika gencatan senjata kekal
Nasional

Rakyat Palestin pulang jika gencatan senjata kekal

Rakyat Palestin pulang jika gencatan senjata kekal

Mohamad Hasan/BERNAMA

KUALA LUMPUR, 24 Ogos- Rakyat Palestin yang sedang dirawat di Malaysia hanya akan dihantar pulang ke negara mereka apabila keadaan bertambah baik atau sekurang-kurangnya gencatan senjata kekal dipersetujui semua pihak.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata tidak wajar sekiranya rakyat Palestin berkenaan dihantar pulang ketika gencatan senjata masih belum berlaku.

\”Sekurang-kurangnya apabila gencatan senjata kekal dipersetujui semua pihak, barulah kita akan rancang bagaimana untuk menghantar mereka pulang, mereka tidak mahu tinggal di sini, mereka mahu dihantar pulang ke tanah air mereka.

\”Jadi, jangan risau bagi mereka yang bimbang rakyat Palestin ini akan tinggal di sini selama-lamanya, saya tidak fikir itu yang mereka mahu. Mereka mahu kita menghantar mereka kembali,\” katanya kepada pemberita ketika melawat Laman Media di Perhimpunan Agung UMNO 2024 di sini hari ini.

Dua pesawat Airbus A-400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia membawa 41 rakyat Palestin yang cedera dan 86 waris mereka akibat serangan berterusan rejim zionis Israel, tiba di Pangkalan Udara Subang kira-kira 2 petang, 16 Ogos lepas.

Sebelum ini, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata tiada misi kedua membawa lebih ramai rakyat Palestin yang cedera ke Malaysia setakat ini. -BERNAMA

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....