Home Nasional Teknologi 5G akan diguna dalam operasi penyiaran RTM
Nasional

Teknologi 5G akan diguna dalam operasi penyiaran RTM

Teknologi 5G akan diguna dalam operasi penyiaran RTM

RTM bakal guna teknologi rangkaian 5G dalam operasi penyiaran

KUALA LUMPUR, 22 Ogos– Radio Televisyen Malaysia (RTM) bakal mengorak langkah dengan memanfaatkan teknologi rangkaian 5G dalam operasi penyiarannya.

Inisiatif tersebut dilaksanakan dengan kerjasama Digital Nasional Berhad (DNB) menerusi siaran percubaan pada Hari Kebangsaan yang akan berlangsung 31 Ogos ini.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Operasi Penyiaran) RTM, Ts. Ahmad Afandi Abu Hasim, kerjasama itu dijangka menjana pembangunan, inovasi serta meningkatkan keupayaan operasi siaran RTM.

\”Dengan 5G ini, kita mempunyai jalur lebar yang lebih besar. Jadi ia boleh membawa video yang lebih berkualiti dan juga ia mempunyai latency yang lebih rendah. Ini perlu dalam penyiaran. Itu yang kita uji dan sekiranya ia mencapai matlamat, maka mungkin kita boleh gunakan untuk kita buat remote production\”, katanya.

Tambahnya, aplikasi teknologi rangkaian 5G akan turut menyumbang kepada kecekapan dan peningkatan kualiti penerbitan rancangan.

Aplikasi teknologi rangkaian termaju tersebut turut memacu Malaysia ke hadapan sebagai negara digital terkemuka serta mempercepatkan pertumbuhan ekonomi digital tempatan.

Beliau ditemui pemberita selepas Mesyuarat Kerjasama Strategik RTM-DNB di Angkasapuri Kota Media.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....