Home Nasional NEST nadi utama perkasa bakat, kerjaya belia Negeri Sembilan
Nasional

NEST nadi utama perkasa bakat, kerjaya belia Negeri Sembilan

NEST nadi utama perkasa bakat, kerjaya belia Negeri Sembilan

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Utama Aminuddin Harun/ Foto Facebook Aminuddin Harun

SEREMBAN, 23 Ogos – Negeri Sembilan Career Development and Talent Empowerment Centre (NEST) atau Pusat Pembangunan Bakat dan Kerjaya Negeri Sembilan akan menjadi nadi utama dalam usaha memperkasa bakat serta kerjaya golongan belia di negeri itu.

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Utama Aminuddin Harun berkata, NEST akan menjadi pusat rujukan utama bagi para pekerja, graduan, dan pelajar yang ingin meningkatkan kemahiran serta kebolehpasaran mereka.

\”Buat masa ini NEST telahpun bergerak secara kecil-kecilan dan berdikit-dikit bawah Segmen Pembangunan Insan, Yayasan Negeri Sembilan. Beberapa program telah pun digerakkan sebagai contoh seperti protege iaitu penempatan perantis muda di Yayasan Negeri Sembilan dan Akademi dalam Industri.

\”Iaitu kerjasama bersama-sama Malaysia Productivity Corporation (MPC) mencari anak-anak muda Negeri Sembilan khususnya yang tidak mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk belajar dan bekerja, pada masa sama yang akhirnya mendapat sijil akademik dan pekerjaan yang stabil,\” kata Aminuddin.

Beliau berucap pada Majlis Penutupan Seminar Pembangunan Kerjaya Negeri Sembilan (SPARK) 2024, di Dewan Majlis Bandaraya Seremban, di sini.

Dalam majlis tersebut, seramai 21 orang pelajar cemerlang Negeri Sembilan SPM 2023 menerima saguhati daripada pihak kerajaan negeri melalui Yayasan Negeri Sembilan RM1,000.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....