Home Nasional Malaysia sedia bantu rantau ASEAN, lebih membangun
Nasional

Malaysia sedia bantu rantau ASEAN, lebih membangun

Malaysia sedia bantu rantau ASEAN, lebih membangun

Foto Bernama

NEW DELHI, 20 Ogos – Malaysia akan membantu rantau ASEAN supaya menjadi rantau lebih membangun selepas dipilih sebagai Pengerusi ASEAN tahun hadapan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerjasama bersama-sama negara seperti India akan membawa impak positif.

Katanya sebagai Pengerusi ASEAN akan datang, Malaysia akan menumpukan kepada pengukuhan mekanisme ASEAN sedia ada dan institusi dan menjadikannya sesuai, selain mencari sinergi dengan rangka kerja serantau yang penting untuk pembangunan dan kemakmuran.

Tambah beliau, sebagai Pengerusi ASEAN lebih banyak ruang kerjasama akan dibuka di antara ASEAN dan rantau lain demi kebaikan bersama.

Dalam pada itu, Anwar turut mengajak semua negara termasuk India untuk membela nasib rakyat Palestin.

Tambah beliau, hak dan keadilan bagi Palestin perlu ditegakkan secara bersama-sama.

\”Kita mesti bersama-sama menentang keganasan daripada pencerobohan yang kita lihat setiap hari politik perampasan yang ganas yang mengusir rakyat Palestin, pembunuhan beramai-ramai terhadap ribuan nyawa yang tidak bersalah,\” kata Anwarketika menyampaikan syarahan di Indian Council of World Affairs (ICWA), di sini.

Sementara itu Anwar berkata, penyertaan Malaysia dalam pertubuhan ekonomi BRICS akan membuka lebih banyak peluang pelaburan dan pembangunan ekonomi baharu.

Malah jelasnya, Malaysia juga mampu terokai sektor-sektor baharu menerusi BRICS.

\”Permohonan kami baru-baru ini untuk menyertai BRICS adalah contoh yang baik. Oleh itu mengambil bahagian dalam BRICS, kami menyasarkan untuk mempelbagaikan ekonomi, kami berusaha diplomasi dan meningkatkan kerjasama kami melalui perkongsian inisiatif dan strategik.

\”Peranan India yang berbeza dan berpengaruh dalam BRICS adalah amat penting, kerana kita menyedari bahawa hubungan kuat dua hala akan menambah nilai yang signifikan.

\”Kami yakin bahawa kemasukan kami bukan sahaja mengukuhkan hubungan ekonomi kita dengan India tetapi juga membuka ruang baharu untuk kerjasama merentasi lebih luas spektrum industri dan bidang dasar,\” katanya.

Sebelum ini, hasrat kerajaan untuk menyertai BRICS bertujuan memastikan suara Malaysia dapat didengari di pelbagai pentas.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....