Home Nasional Perahu karam: Tiga pelajar dikhuatiri hilang di Sungai Kayan
Nasional

Perahu karam: Tiga pelajar dikhuatiri hilang di Sungai Kayan

Perahu karam: Tiga pelajar dikhuatiri hilang di Sungai Kayan

Insiden perahu karam di Sungai Kayan

LUNDU 20 Ogos– Tiga pelajar sekolah menengah dikhuatiri hilang dalam insiden perahu karam di Sungai Kayan pagi ini.

Mangsa dikenal pasti sebagai Helana Fahsa Petrus, 16, Vilkie Wilson, 15 dan Alsma Jathil, 14.

Menurut Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak, Henderi Ardimansyah, usaha mengesan ketiga-tiga mangsa masih giat dijalankan dengan bantuan orang kampung.

\”Ketika kejadian kira-kira pukul 6.15 pagi, perahu yang menjadi \’teksi sekolah\’ itu membawa seramai 13 orang pelajar\”, katanya ketika dihubungi RTM.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan perahu terbabit mungkin telah membawa lebih muatan yang mengakibatkan ia karam.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....