Home Nasional KKDW peruntuk RM46.2 juta bina PPK Bagan Datuk
Nasional

KKDW peruntuk RM46.2 juta bina PPK Bagan Datuk

KKDW peruntuk RM46.2 juta bina PPK Bagan Datuk

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

BAGAN DATUK, 19 Ogos- Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan RM46.2 juta bagi membangunkan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di sini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia merangkumi 150 unit rumah Program Perumahan Rakyat Sejahtera secara berkembar berkeluasan 61.31 meter persegi dan dijangka siap sepenuhnya Ogos 2025.

\”Kita sangat berterima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Menteri Kewangan yang memberikan peruntukan kepada KKDW bagi membina projek perumahan ini.

\”…dan saya harap kita terima ini sebagai satu anugerah Allah melalui Kementerian Kewangan dan KKDW dan kita gunakan peluang ini untuk memajukan kawasan kita insya-Allah,\” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media dalam Majlis Pecah Tanah Projek Pemajuan Kawasan (PPK) Rancangan Perumahan Tersusun (RPT) Simpang Tiga, Bagan Datuk di sini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata pihaknya akan memastikan semua pemohon yang layak akan dapat memohon kuota terhadap rumah tersebut.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu juga berkata jika terdapat Pegawai Daerah yang mempunyai tanah sesuai untuk membina projek tersebut mereka dialukan untuk mencadangkannya kepada KKDW.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....