Home Nasional Pelarasan gaji penjawat awam seiring prestasi kerja
Nasional

Pelarasan gaji penjawat awam seiring prestasi kerja

Pelarasan gaji penjawat awam seiring prestasi kerja

Profesor Madya Dr. Nuradli Ridzwan Shah Mohd Dali

KUALA LUMPUR, 17 Ogos – Pelarasan gaji penjawat awam yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat wajar dan adil seiring dengan prestasi kerja semasa.

Exco Kongres Persatuan Akademik Malaysia (MAAC), Profesor Madya Dr. Nuradli Ridzwan Shah Mohd Dali berkata ia wajar dilaksanakan memandangkan kerajaan serius memastikan bahawa mereka yang berkerja keras layak diberikan ganjaran setimpal.

Paling utama, rakyat terus peroleh penyampaian perkhidmatan terbaik daripada kerajaan bagi memastikan sektor perkhidmatan awam berada pada tahap yang terbaik.

\”Kalau kita tengok, skim gaji yang lama ia lebih tertumpu kepada kenaikan berdasarkan tempoh kerja, maksudnya kalau lagi lama kita bekerja lagi naik gaji, tidak kisah lah prestasi itu macamana tetapi sekarang ini skim yang baharu ini akan lebih adil.

\”Siapa yang buat kerja elok, dia dapat ganjaran lebih dan ini akan membuatkan penjawat awam lebih bersemangat dan bermotivasi untuk meningkatkan mutu kerja masing-masing dimana yang mendapat manfaat akhirnya ialah rakyat,\” katanya ketika dihubungi RTM.

Dalam masa sama, Dr. Nuradli berkata peranan Ketua Jabatan juga perlu diperkukuh dengan memastikan tiada salah laku dalam kalangan penjawat awam.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....