Home Nasional Tanah perkuburan Islam di Kuala Lumpur bakal penuh dalam tempoh lima tahun
Nasional

Tanah perkuburan Islam di Kuala Lumpur bakal penuh dalam tempoh lima tahun

Tanah perkuburan Islam di Kuala Lumpur bakal penuh dalam tempoh lima tahun

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar

PUTRAJAYA, 18 Ogos-Tanah perkuburan Islam di Kuala Lumpur dijangka mampu bertahan untuk pengebumian jenazah kira-kira empat hingga enam tahun lagi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar berkata hukum dan fatwa yang baharu perlu dibincangkan sebagai penyelesaian kepada isu tanah perkuburan di Kuala Lumpur yang semakin kritikal terutamanya di kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi.

Jelasnya, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) boleh melihat kaedah yang digunakan oleh negara jiran, Singapura dalam pengurusan tanah perkuburan dan jenazah meskipun mereka merupakan sebuah negara terkecil di rantau ini.

“Kita ada isu yang besar kawasan tanah perkuburan Islam yang terhad khususnya di kawasan bandar. Jadi sudah tentu ada kaitan bagaimana hendak selesaikan isu ini dan ia memerlukan pandangan-pandangan baharu dan mungkin fatwa yang baharu untuk diselesaikan.

“Pengalaman negara di luar terutama jiran kita Singapura iaitu negara yang kecil dan bagaimana mereka menguruskan jenazah jadi mungkin ada fatwa baharu dan ini tujuan kita ada konvensyen ini untuk mengambil iktibar dan pengalaman pengurusan bagi konteks JAWI,” katanya demikian kepada media selepas merasmikan penutupan Konvensyen Transformasi Tanah Perkuburan Islam dan Jenazah 2024 di sini pada Sabtu.

Tambahnya, pengurusan yang tidak efektif dan kos yang semakin meningkat juga menjadi cabaran semasa pengurusan tanah kubur dan jenazah.

Beliau turut memaklumkan JAWI telah diperuntukkan sebuah kawasan seluas 220 ekar di Semenyih untuk digunakan sebagai tanah perkuburan jenazah masyarakat Islam Kuala Lumpur

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....