Home Nasional Lebih 3,000 Jalur Gemilang berkibar, hiasi Kampung Bangsal Lebah
Nasional

Lebih 3,000 Jalur Gemilang berkibar, hiasi Kampung Bangsal Lebah

Lebih 3,000 Jalur Gemilang berkibar, hiasi Kampung Bangsal Lebah

Foto RTM

KAYANG, 18 Ogos– Kibaran lebih 3,000 Jalur Gemilang menghiasi setiap laluan dan 200 rumah penduduk Kampung Bangsal Lebah, Kayang sempena Sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini.

Inisiatif itu membuktikan semangat cintakan negara dalam kalangan penduduk, sentiasa berada pada tahap tertinggi dalam menjayakan Kempen 1 Rumah 1 Jalur Gemilang.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Kampung Bangsal Lebah, Norhayati Hashim, kerjasama dan semangat gotong royong antara penduduk membolehkan Jalur Gemilang dikibarkan dengan megah di setiap penjuru kampung.

Tradisi menghiasi Jalur Gemilang sepanjang bulan kemerdekaan telah bermula seawal bulan Ogos dan berterusan sehingga Sambutan Hari Malaysia pada 16 September depan, menjadi agenda tahunan penduduk kampung tersebut.

\”Program ini juga dapat menyemarak perpaduan selain mengingatkan generasi muda supaya mengerti makna sebenar kemerdekaan yang dicapai negara dan pengorbanan pejuang terdahulu memerdekakan negara.\”

\”Sebagai rakyat Malaysia, tanggungjawab mengibarkan Jalur Gemilang boleh dilakukan pada bila-bila masa tanpa tunggu Bulan Kebangsaan, tetapi bila dah masuk bulan Ogos, pastinya ia perlu diperhebat sebagai tanda cintakan negara,\” kata Norhayati kepada pemberita.

Norhayati ditemui pada Program Kibaran Jalur Gemilang, 1 Rumah 1 Jalur Gemilang di Kampung Bangsal Lebah, Kayang, Perlis.

Lebih 500 Jalur Gemilang diedarkan kepada penduduk setempat oleh Ketua UMNO Bahagian Kangar, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya, sempena bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....