Home Nasional Nahas pesawat di Elmina, laporan akhir siap dalam tempoh terdekat – Anthony
Nasional

Nahas pesawat di Elmina, laporan akhir siap dalam tempoh terdekat – Anthony

Nahas pesawat di Elmina, laporan akhir siap dalam tempoh terdekat – Anthony

Foto BERNAMA

PUTRAJAYA, 14 Ogos– Laporan akhir bagi nahas pesawat di Bandar Elmina, Shah Alam, Selangor, 17 Ogos tahun lepas, bakal dikeluarkan dalam tempoh terdekat.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata Laporan Awal Kemalangan Pesawat oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara, Kementerian Pengangkutan (MOT) telah dikeluarkan 15 September tahun lepas.

Pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, terhempas ketika dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAS).

Insiden mengorbankan 10 nyawa iaitu enam penumpang dan dua anak kapal serta seorang pemandu e-hailing dan seorang penunggang motosikal (p-hailing).

Sementara itu, MOT sedang merangka denda melibatkan lelaki yang didakwa menceroboh gerabak wanita.

Setakat ini, tiada sebarang peruntukan denda berhubung perkara tersebut dikuatkuasakan.

Gerabak itu dikhususkan kepada penumpang wanita bagi memberi keselesaan dan rasa selamat semasa menggunakan pengangkutan awam berkenaan.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....