Home Nasional Banjir: Penduduk terjejas di Alor Gajah menurun pagi ini
Nasional

Banjir: Penduduk terjejas di Alor Gajah menurun pagi ini

Banjir: Penduduk terjejas di Alor Gajah menurun pagi ini

Keadaan banjir di Jalan IKS Masjid Tanah 2 di Alor Gajah, Melaka pada Ahad lepas/FB Angkatan Pertahanan Awam Daerah Alor Gajah Melaka

MELAKA, 13 Ogos- Jumlah penduduk terjejas banjir di Alor Gajah menurun kepada 237 orang daripada 61 keluarga setakat 7.00 pagi ini berbanding 407 orang daripada 121 keluarga pada 7.30 malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Melaka, Lt Kol (PA) Kamarulsyah Muslim berkata, kesemua penduduk ditempatkan di enam pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah berkenaan.

\”PPS Balai Raya Paya Lebar menempatkan 61 penduduk daripada 13 keluarga, PPS Balai Raya Ayer Paabas (tiga penduduk daripada tiga keluarga) dan PPS Sekolah Rendah Agama (SRA) Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Ar-Rasyidin (13 keluarga daripada tiga keluarga).

\”Selain itu, PPS Pejabat Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Kuala Linggi (105 orang daripada 26 keluarga), PPS Dewan Japerun Ayer Limau (44 orang daripada 12 keluarga) dan PPS Balai Raya Seri Jeram (11 orang daripada empat keluarga),\” katanya dalam kenyataan di sini pada Selasa.

Beliau berkata, antara kawasan terjejas termasuklah Kampung Paya Lebar, Kampung Ramuan China Besar, Kampung Bukit Apit, Kampung Ayer Limau, Kampung Sungai Jernih, Kampung Lekok, Kampung Paya Rumput, Kampung Lubok China, Taman Masjid Tanah Ria, Taman Bandar Baru Masjid Tanah, Kampung Rantau Panjang dan Kampung Berisu.

Selain itu, turut terjejas ⁠Taman Awan Biru, Taman Seri Bayu 2 dan 3, Taman Seri Aman, Kampung Belimbing Dalam, Kampung Solok Ayer Limau, Kampung Seri Jeram, Kampung Ladang, Kampung Keramat Lebai, Panchor dan Taman Rembia Jaya.

Cuaca dilaporkan cerah pagi ini dan tiada jalan utama ditutup kepada kenderaan. -BERNAMA

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....