Home Ekonomi Straits Energy Mahu Senaraikan Unit Di NYSE Menjelang Suku Keempat
Ekonomi

Straits Energy Mahu Senaraikan Unit Di NYSE Menjelang Suku Keempat

Straits Energy Mahu Senaraikan Unit Di NYSE Menjelang Suku Keempat

KUALA LUMPUR,12 Ogos (Livevartha) –Straits Energy Resources Bhd berhasrat menyenaraikan anak syarikat dengan kepentingan 76.68 peratus,TMD Energy Ltd (TMDEL) di Bursa Saham New York(NYSE), Amerika Syarikat (AS)menjelang suku keempat2024.

Syarikat itu sebelum inimerancang menyenaraikan segmen perkhidmatan berkaitan pengisian bahan api dan perkapalan di pasaran Nasdaq AS.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini,Straits Energy berkata daripada meneruskan hasrat penyenaraian di Nasdaq, syarikat sebaliknya beralih kepada usahamenyenaraikan anak syarikatnya di NYSE.

“Berdasarkan harga terbitan awal US$3.25 hingga US$3.75 sesaham(US$1=RM4.450), cadangan tawaran awam permulaan (IPO) dijangka mengumpul hasil kasar US$5.69 juta hingga US$15 juta.

“Tanpa mengambil kira keadaan luar jangkadan tertakluk kepada memperoleh semua kelulusan ditetapkan,Lembaga Pengarah menjangkakan cadangan penyenaraian anak syarikat itu dapat dimuktamadkan menjelang suku keempat 2024,”katanya.

Menurut Straits Energy, TMDEL berhasrat memanfaatkanhasil sehingga RM50.93 juta bagi tujuan pengembangan segmen pengisian bahan api yangmungkin merangkumi namun tidak terhad kepadapembelian minyak kargo.

“Kumpulan bercadangmemperuntukkan sehingga kira-kira RM19.16 juta diperoleh daripada cadangan IPO untuk membiayai perbelanjaan penyenaraiannya.

“Langkah penyenaraian anak syarikat ini akan membolehkan pengurusanStraits Group secara cekapmemperuntuksumbernya bagi tujuan mempercepatpengembangan perniagaan segmen pengisian bahan api serta perkhidmatan berkaitan perkapalan,”katanya.

Penyenaraian berkenaan juga membolehkanStraits Energy memanfaatkan potensi nilai pelaburannya dalam kedua-dua segmen perniagaan itu melalui pelaksanaan cadangan tawaran saham IPO yang akan turut meningkatkan nilai bagi pemegang saham.

Related Articles

Hektar REIT, Samaiden perkenal inisiatif kemampanan melalui tenaga solar
Ekonomi

Hektar REIT, Samaiden perkenal inisiatif kemampanan melalui tenaga solar

ZAINAL Iskandar Ismail (tiga dari kiri) bersama Chow Pur Hee (empat dari...

Pro-Net tingkat aksesibiliti poin pengecas EV
Ekonomi

Pro-Net tingkat aksesibiliti poin pengecas EV

ZHANG Qiang (tengah) pada majlis menandatangani perjanjian di Centre of Excellence Proton...

Uniten, GMT tubuh makmal geoteknolog
Ekonomi

Uniten, GMT tubuh makmal geoteknolog

KHAIRUL (empat dari kiri) dan Mustapha (empat dari kanan) pada majlis pemeteraian...

MAB Academy terima anugerah IATA dalam penggunaan VR
Ekonomi

MAB Academy terima anugerah IATA dalam penggunaan VR

AIDA Salfaraz Ahmad Fadzil mewakili MAB Academy menerima Anugerah Inovasi Pusat Latihan...