Home Nasional Sarawak bakal rekodkan jumlah kemasukan pengunjung terbesar tahun ini- Abdul Karim
Nasional

Sarawak bakal rekodkan jumlah kemasukan pengunjung terbesar tahun ini- Abdul Karim

Sarawak bakal rekodkan jumlah kemasukan pengunjung terbesar tahun ini- Abdul Karim

Datuk Seri Abdul Karim bercakap kepada media selepas merasmikan majlis penutup Konvensyen Inovatif dan Creative Circle di Kuching

KUCHING, 12 Ogos- Sarawak bakal merekodkan jumlah kemasukan pengunjung terbesar tahun ini.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata setakat Julai, pihaknya telah merekodkan sejumlah 2.8 juta pelancong.

\”Saya sangat teruja dengan apa yang berlaku, kita mungkin mencapai sasaran empat juta malah mungkin mencapai lima juta tahun ini, jadi tahun teramai pengunjung ke sini,\”katanya.

Beliau menjelaskan, ia juga menyumbang sekitar RM7.3 bilion pendapatan berbanding RM5.7 bilion bagi tempoh sama tahun lepas.

Datuk Seri Abdul Karim bercakap kepada media selepas merasmikan majlis penutup Konvensyen Inovatif dan Creative Circle di Kuching hari ini.

Menyentuh mengenai tiket kemasukan majlis perasmian Sukan Malaysia, SUKMA yang habis pagi tadi beliau meminta orang ramai untuk menonton siaran langsung di TV.

Katanya beliau sedar agak sukar untuk memenuhi jangkaan semua pihak.

Selain siaran langsung di RTM dan TVS, pihaknya juga menyediakan skrin besar di dataran stadium bagi penonton.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....