Home Pasaran Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari
Pasaran

Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari

Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 13 Ogos(Livevartha) –Bursa Malaysia diniagakan bercampur-campur pada tengah hari, dengan minat belian terhadap saham wajaran tinggi diimbangi oleh penjualan meluas dalam saham-saham bermodal kecil.

Pada 12:30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat0.003 peratus, atau 0.05 matakepada 1,606.71, naik sedikit daripada 1,606.66 ketika ditutup Isnin.

Indeks penanda aras itu dibuka 0.82 mata lebih rendah kepada 1,605.84, berlegar dalam julat 1,598.30 dan 1,608.17 sepanjang sesi itu.

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung iaitu 623 berbanding 276, dengan 440 kaunter tidak berubah, 1,107 tidak diniagakan dan sembilan digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 2.25 bilion unit bernilai RM1.29 bilion.

Malacca Securities Sdn Bhd berkata minat belian telah kembali, tetapi peniaga dijangka berhati-hati memantau data ekonomi penting yang akan datang.

"Secara teknikalnya, paras rintangan dijangkakan sekitar 1,621 hingga 1,626, manakala paras sokongan pada 1,586 hingga 1,591," katanya dalam nota penyelidikan.

Dalamkalangan saham wajaran tinggi, Maybank kekal tidak berubah pada RM10.20, Public Bank turun 2.0 sen kepada RM4.24, Tenaga susut 4.0 sen kepada RM13.90, CIMB naik 2.0 sen kepada RM7.38, IHH Healthcare meningkat 3.0 sen kepada RM6.28 dan CelcomDigi menokok 1.0 sen kepada RM3.78.

Bagi saham aktif, Cape EMS susut 4.0 sen kepada 46.5 sen, Sik Cheong yang baharu disenaraikan naik 10.5 sen kepada 37.5 sen, manakala Barakah dan Velesto masing-masing tidak berubah pada 7.5 sen dan 21 sen, manakala Top Glove turun 2.0 sen kepada 91.5 sen.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Dijangka Lebih Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Lebih Rendah Minggu Depan

Oleh Siti Noor Afera Abu KUALA LUMPUR, 10 Mei (Livevartha) –Pasaran niaga...

Ringgit Dijangka Terus Lemah Minggu Depan Dalam Persekitaran Keyakinan Rundingan Dagangan AS-China
Pasaran

Ringgit Dijangka Terus Lemah Minggu Depan Dalam Persekitaran Keyakinan Rundingan Dagangan AS-China

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 10 Mei (Livevartha) — Ringgit...

Niaga Hadapan Emas Dijangka Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Dijangka Rendah Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 10 Mei (Livevartha) — Kontrak...

Pasaran Getah Malaysia Dijangka Kekal Suram Minggu Depan
Pasaran

Pasaran Getah Malaysia Dijangka Kekal Suram Minggu Depan

Oleh Siti Noor Afera Abu KUALA LUMPUR, 10 Mei(Livevartha) –Pasaran getah Malaysia...