Home Nasional Polis cari remaja perempuan hilang sejak 27 Jun
Nasional

Polis cari remaja perempuan hilang sejak 27 Jun

Polis cari remaja perempuan hilang sejak 27 Jun

Fiffy Arnatasya Abdullah, 16, hilang sejak 27 Jun lepas

KUALA PILAH, 16 Julai- Polis meminta orang ramai membantu mengesan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya di daerah sini sejak 19 hari lepas.

Ketua Polis Daerah, Penguasa Polis (SP) Amran Mohd Ghani berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kehilangan Fiffy Arnatasya Abdullah, kira-kira 1.00 pagi, 28 Jun lepas.

Remaja itu dilaporkan kali terakhir dilihat di Kampung Terusan, Juasseh pada 27 Jun.

\”Berdasarkan siasatan awal, kehilangan itu merupakan kali kedua namun pada kehilangan pertama, ahli keluarga remaja berkenaan dapat menemukan dan membawa remaja itu pulang ke rumah.

\”Kali ini remaja itu tidak pulang ke rumah sehingga hari ini, difahamkan dia juga tidak bersekolah,\” katanya dalam satu kenyataan.

Amran berkata, Fiffy Arnatasya berkulit kuning langsat, berketinggian kira-kira 150 sentimeter, berat sekitar 45 kilogram dan berambut warna separuh perang, lurus dan panjang separas bahu.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta tampil ke mana-mana balai polis berdekatan atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Pilah menerusi talian 06-484 2222.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....