Home Nasional Bas henti-henti percuma disediakan sepanjang Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan
Nasional

Bas henti-henti percuma disediakan sepanjang Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan

Bas henti-henti percuma disediakan sepanjang Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan

Foto: FB Jabatan Penerangan Malaysia

KUALA LUMPUR, 18 Julai – Perkhidmatan bas henti-henti secara percuma disediakan kepada pengunjung sepanjang Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024 di Cyberjaya, Selangor pada Ahad ini.

Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) menerusi infografik yang dikongsi di Facebook berkata bas itu akan mengambil penumpang dari dua lokasi iaitu Park&Ride serta Parkir Rekascape, Cyberjaya dan menghantar mereka ke lokasi majlis di Cyber Event Hall, Cyberjaya.

Bas itu disediakan dengan kekerapan setiap 30 minit bergantung kepada keadaan trafik semasa dari 8 pagi hingga 5.30 petang.

Pelbagai acara, persembahan dan pertandingan bakal diadakan pada majlis itu bagi mengukuhkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat melalui format karnival komuniti.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai program yang disediakan sepanjang Bulan Kebangsaan ini melalui laman sesawang www.merdeka360.my serta media sosial Merdeka360 di Facebook, Instagram, X dan TikTok.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....