Home Nasional Pembangunan menara komunikasi projek JENDELA capai 30 peratus kemajuan
Nasional

Pembangunan menara komunikasi projek JENDELA capai 30 peratus kemajuan

Pembangunan menara komunikasi projek JENDELA capai 30 peratus kemajuan

Teo Nie Ching ketika melawat tapak Projek Menara Komunikasi Kampung Murni Jaya 2, dan Kampung Tersusun Murni Jaya, di Kulai, Johor

KULAI, 19 Julai- Pembangunan 1,661 menara komunikasi bawah projek Jalinan Digital Negara (JENDELA) yang dimulakan sejak 2020, kini mencapai 30 peratus kemajuan.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, jumlah tersebut melibatkan 492 menara yang telah beroperasi sepenuhnya.

Selain itu, katanya 716 menara komunikasi juga telah siap dibina, dan kini sedang dalam proses pengoperasian.

\”Mungkin ada kawasan khas di Sabah dan Sarawak, kami perlu mengguna satelit untuk memberi perkhidmatan komunikasi kepada penduduk, terutamanya kawasan pedalaman. Sebab kalau kita MAHU menggunakan gentian optik, memerlukan waktu yang agak panjang,\”katanya.

Setakat ini katanya, capaian internet telah mencapai 93 peratus kawasan di seluruh negara.

Beliau berkata demikian selepas melawat tapak Projek Menara Komunikasi Kampung Murni Jaya 2, dan Kampung Tersusun Murni Jaya, di Kulai, Johor.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Mohd Jafni Md Shukor.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....