Home Pasaran Skuad Ragbi 7s Wanita WiPers Intai Emas Di SUKMA 2024
Pasaran

Skuad Ragbi 7s Wanita WiPers Intai Emas Di SUKMA 2024

Skuad Ragbi 7s Wanita WiPers Intai Emas Di SUKMA 2024

KUALA LUMPUR, 9 Ogos (Livevartha) — Skuad ragbi tujuhsebelah (7s) wanita Wilayah Persekutuan (WiPers) mengintai peluang untuk meraih emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024.

Pengurus Pasukan Abdul Rashid Adlie berkata pihaknya yakin sasaran itu mampu dicapai dengan penguatan skuad melalui kehadiran enam pemain skuad kebangsaan bawah-20 dan 18 tahun.

“Edisi lepas kita dapat nombor enam, tetapi waktu itu banyak pemain-pemain kita yang sakit. Tetapi kali ini berbeza dan kita sudah membuat persiapan yang rapi untuk elakkan perkara sama berlaku.

<!–

.jssora061 {display:block;position:absolute;cursor:pointer;}
.jssora061 .a {fill:none;stroke:#fff;stroke-width:360;stroke-linecap:round;}
.jssora061:hover {opacity:.8;}
.jssora061.jssora061dn {opacity:.5;}
.jssora061.jssora061ds {opacity:.3;pointer-events:none;}
html,body{display:block;margin: 0px;}

bootstrap slideshow

–>

“Saya yakin dengan pasukan ini kerana kami ada enam pemain kebangsaan dan saya rasa pasukan ini boleh pergi jauh,” katanya kepada Livevartha.

Pada edisi kali ini, skuad ragbi wanita WiPers diletakkan dalam kumpulan maut bersama-sama naib juara edisi lalu, Selangor, pemenang pingat gangsa, Sabah, dan Terengganu.

Abdul Rashid berkata ketika ini,pasukannya sedang melakukan persiapan akhir di Limbang dan Miri menjelang acara tersebut dijadual bermula19 hingga 22 Ogos di Stadium Miri.

SUKMA Sarawak 2024 akan membuka tirainya pada 17 dan berakhir24 Ogos ini.

— Livevartha

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB

Gambar fail Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 5 Julai (Livevartha) —...

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi

Oleh Zarul Effendi Razali and Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 4...

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari
Pasaran

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 4 Julai(Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS

Gambar Fail Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 3 Julai (Livevartha)...