Home Nasional OIC sokong pendirian Malaysia kutuk kekejaman Israel terhadap Palestin, Iran
Nasional

OIC sokong pendirian Malaysia kutuk kekejaman Israel terhadap Palestin, Iran

OIC sokong pendirian Malaysia kutuk kekejaman Israel terhadap Palestin, Iran

Mohamad Hasan (Kenyataan Kementerian Luar Negeri)

PUTRAJAYA, 8 Ogos- Negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) sepakat dengan pendirian Malaysia untuk mengecam sekeras-kerasnya serangan dan kekejaman berterusan Israel terhadap rakyat Palestin dan pencerobohan serta ancaman Israel terhadap kedaulatan Iran.

Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan Menterinya Datuk Seri Mohamad Hasan mengesahkan pendirian Malaysia semasa menghadiri Mesyuarat Tergempar Jawatankuasa Eksekutif Peringkat Menteri-Menteri Luar OIC di Jeddah, Arab Saudi, semalam.

\”Menteri itu turut menggesa Negara Anggota OIC supaya tidak terperangkap dengan cubaan pihak-pihak tertentu yang dilihat cuba menggagalkan proses rundingan damai di Gaza.

\”Penyertaan Malaysia dalam mesyuarat itu adalah sebahagian daripada usaha berterusan dan komitmen jitu negara dalam memperjuangkan isu Palestin di pelbagai platform antarabangsa,\” menurut kenyataan itu.

Dalam mesyuarat itu, Malaysia mencadangkan empat langkah utama untuk menyokong perjuangan Palestin, termasuk mewujudkan satu Kumpulan Pakar bagi membantu menggerakkan tindakan susulan sewajarnya untuk melaksanakan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

Kedua, Malaysia menggesa Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) mengaktifkan semula Jawatankuasa Khas Bagi Menangani Apartheid.

Ketiga, Malaysia mencadangkan agar OIC menerajui pelaksanaan Pendapat Nasihat ICJ melalui Sesi Khas Tergempar Ke-10 berkenaan isu Palestin di Perhimpunan Agung PBB, bersama-sama dengan Negara-Negara Sepemikiran; dan

Keempat, Malaysia mencadangkan agar OIC memperluas sokongan untuk membantu membina semula ekonomi dan kehidupan rakyat Palestin pascakonflik.

Mohamad membentangkan langkah-langkah yang dicadangkan semasa menyampaikan kenyataan negara semasa mesyuarat tergempar yang diadakan oleh OIC.

Mesyuarat tergempar itu yang diusulkan oleh Palestin dan Iran, membincangkan jenayah Israel terhadap rakyat Palestin dan pencerobohannya terhadap kedaulatan Iran.

Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Menteri Luar Gambia sebagai pengerusi Sidang Kemuncak OIC ke-15.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....