Home Politik PRK Mahkota: Lebih 23 peratus mengundi hingga pukul 10 pagi
Politik

PRK Mahkota: Lebih 23 peratus mengundi hingga pukul 10 pagi

SEORANG petugas SPR membantu seorang wanita yang menaiki kerusi roda untuk melakukan semakan namanya sebelum memasuki pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Melayu, Kluang.

KLUANG: Cuaca cerah sejak awal pagi tadi membolehkan ramai pengundi keluar awal untuk mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, hari ini.

Berdasarkan laporan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), hingga pukul 11 pagi, sebanyak 23.39 peratus daripada 66,318 pengundi telah menunaikan tanggungjawab mengundi di 20 pusat pengundian dengan 109 saluran dibuka sejak pukul 8 pagi.

Orang ramai diminta keluar mengundi awal kerana cuaca diramal hujan serta ribut petir pada petang ini.

PRK DUN Mahkota diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 64, pada 2 Ogos lalu.

PRK tersebut menyaksikan pertandingan satu lawan satu antar  calon Barisan Nasional (BN), Syed Hussien Syed Abdullah, 40, dengan calon Perikatan Nasional (PN), Mohamad Haizan Jaafar, 61. – UTUSAN

Related Articles

Politik

Bersatu perlu terbuka serah mandat Pas kemudi PN

Bersatu didakwa semakin lemah dan Pas patut diberi laluan kemudi PNPETALING JAYA:...

Politik

Radzi, Ronald, Peja menang jawatan Naib Presiden Bersatu

Ronald Kiandee (kiri), Ahmad Faizal Azumu (dua kiri) dan Radzi Jidin (kanan)...

Politik

Kerugian FashionValet boleh bantu ratusan usahawan bumiputera

Dr. Kelvin Yii Lee WuenKUALA LUMPUR: Kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta dicatatkan...

Politik

‘Guan Eng jangan menangis minta bantuan lagi’

LIM GUAN ENGKUALA LUMPUR: Sebilangan kecil pemimpin Kerajaan Perpaduan didakwa masih terbawa-bawa...