Home Politik PAU2024: UMNO perlukan Melayu, tidak boleh berpatah balik
Politik

PAU2024: UMNO perlukan Melayu, tidak boleh berpatah balik

PAU2024: UMNO perlukan Melayu, tidak boleh berpatah balik

JOHARI Abdul Ghani berucap pada penggulungan Perhimpunan Agung UMNO 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, hari ini. – UTUSAN/FARIZ RUSADIO

KUALA LUMPUR: UMNO tidak boleh berpatah balik ke belakang dan perlu mengukuhkan kedudukannya dengan mengambil kejayaan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri sebagai pencetus kebangkitan.

Oleh itu, UMNO perlu mencari cara dan strategi yang baharu bagi mendapatkan undi popular seperti  Pilihan Raya Umum ke-11 (PRU11) yang mencatat kemenangan terbesar UMNO.

Naib Presidennya, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, beliau melihat keputusan kemenangan Ninggiri ini adalah sebagai semangat, signal dan kekuatan untuk memastikan UMNO tidak leka dengan kemenangan.

Katanya, pada waktu ini, UMNO memerlukan orang Melayu dan bukan sebaliknya.

“UMNO memerlukan orang Melayu kerana kita mempunyai pemikiran untuk menjaga orang Melayu dengan sebenar-benarnya tetapi jika kita mendabik dada akan berlaku sebaliknya.

“Politik ini sangat dinamik. Selagi kita berfikiran cara dan strategi yang sama ia tidak merubahkan UMNO kerana dinamiknya berubah-ubah mengikuti keadaan.

“UMNO sebenarnya sangat dinamik. Pada tahun 1955. ketika bertanding atas tiket Perikatan dengan membawa MIC dan MCA kerana melihat untuk membawa negara ini tidak boleh menyisihkan rakyat yang ditinggalkan oleh penjajah,” katanya ketika menggulung perbahasan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024 hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa berkata, UMNO perlu mencapai keputusan seperti PRU11 apabila mendapat 63 peratus undi popular.

“Undi popular melambangkan Melayu, Cina, India, Kadazan Dusun dan semua masyarakat yang bernama rakyat Malaysia.

“UMNO mempunyai banyak perkara yang perlu dibuat apabila melihat statistik dan keputusan  empat pilihan raya yang lepas dengan mengurangkan retorik dan jadi dinamik,” katanya. – UTUSAN

Related Articles

Politik

‘Jangan jadi orang Peja atau Hamzah’

FAIZAL AZUMUKUALA LUMPUR : Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk...

Politik

PH jangan usik BN, BN jangan usik PH – Mohd. Sharkar

MOHD. SHARKAR Shamsudin (kiri) bersama Ahmad Zahid Hamidi (kanan).KUANTAN: Bukan sahaja UMNO...

Politik

STAR tolak propaganda lemahkan perpaduan dalam GRS

JEFFREY Kitingan menandatangai plak perasmian Pejabat STAR Bahagian Moyog di Penampang, hari...

Politik

Ujian sebenar kerjasama PH-BN ialah pembebasan Najib dari penjara 

MOHD. PUAD ZARKASHIPETALING JAYA: Pemimpin tertinggi UMNO menegaskan ujian sebenar kerjasama antara...