Home Nasional YAPEIM sumbang RM50,000 bantu pengamal media dan penggiat seni tempatan
Nasional

YAPEIM sumbang RM50,000 bantu pengamal media dan penggiat seni tempatan

YAPEIM sumbang RM50,000 bantu pengamal media dan penggiat seni tempatan

FOTO RTM

KUALA LUMPUR, 7 Disember- Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) menyalurkan sumbangan sebanyak RM50,000 kepada 50 warga media dan para penggiat seni tempatan yang kurang bernasib baik.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri – Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar berkata hubungan antara media dan agensi perlu diperkukuh kerana berperanan besar dalammenyebarkan kebaikan dan ilmu kepada masyarakat.

\”Khususnya dalam zaman sekarang kalau kita tidak memaklumkan kepada rakyat dan juga masyarakat sudah tentu masyarakat tidak akan tahu apa yg agensi-agensi agama ini lakukan.

\”Ini adalah tuntutan agama, kerjasama yang erat antara pihak YAPEIM dan media harus diperkukuhkan sebab kita memerlukan satu sama lain,\” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Penghargaan dan Amal YAPEIM di ibu negara.

Inisiatif yang diperkenal pada tahun lalu itu bagi membantu wartawan, jurugambar, jurukamera dan bekas pengamal media, yang akan menerima RM1,000 setiap seorang.

Bantuan disampaikan melalui empat pertubuhan media tempatan yang akan membuat penyelarasan seperti Kelab Media KL dan Selangor (KLS), Persatuan Wartawan Jenayah (CiJA), Kelab Media Putrajaya dan Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) serta Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN).

Related Articles

Banjir: Satu lagi PPS dibuka di Tatau, malam tadi
Nasional

Banjir: Satu lagi PPS dibuka di Tatau, malam tadi

Banjir di SarawakKUCHING, 24 Januari– Sebuah lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka...

PATI terjun bangunan elak ditangkap
Nasional

PATI terjun bangunan elak ditangkap

Antara PATI yang ditahan JIM KL menerusi Op Sapu KL Strike ForceKUALA...

Malaysia di landasan tepat, transisi menuju AI, semikonduktor, ekonomi digital
Nasional

Malaysia di landasan tepat, transisi menuju AI, semikonduktor, ekonomi digital

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim/ Foto Facebook Datuk Seri Anwar IbrahimDAVOS,...

TBC: PETRONAS Carigali agih pek makanan di Bintulu dan Miri
Nasional

TBC: PETRONAS Carigali agih pek makanan di Bintulu dan Miri

Program CSR “Uplifting Lives: Chinese New Year” anjuran PETRONAS Carigali Sdn Bhd...