Home Nasional Tawaran pengambilalihan MAHB dijangka dimuktamadkan suku ketiga tahun ini – MOF
Nasional

Tawaran pengambilalihan MAHB dijangka dimuktamadkan suku ketiga tahun ini – MOF

Tawaran pengambilalihan MAHB dijangka dimuktamadkan suku ketiga tahun ini – MOF

Tawaran pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dijangka akan dimuktamadkan suku ketiga tahun ini / Foto Hiasan / Bernama

KUALA LUMPUR, 16 Julai – Tawaran pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dijangka akan dimuktamadkan suku ketiga tahun ini.

Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan, ia perlu dipersetujui sekurang-kurangnya 90 peratus pemegang saham sedia ada MAHB.

Kementerian juga berkata memandangkan tawaran itu merupakan satu urusan transaksi komersial, maka ia tidak mendatangkan sebarang implikasi kewangan kepada kerajaan.

\”Kerajaan akan terus memantau perkembangan ini dan memastikan apa jua keputusan yang dicapai nanti perlulah dibuat berpandukan kepada undang-undang dan peraturan semasa berkuat kuasa,\” kata kementerian itu dalam jawapan bertulis yang disiarkan menerusi laman sesawang Parlimen pada Isnin.

Tawaran pengambilalihan MAHB merupakan satu urusan transaksi komersial yang dikemukakan oleh sebuah konsortium yang diterajui dua pemegang saham sedia ada MAHB ketika ini iaitu Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Seandainya tawaran tersebut diterima dan dipersetujui oleh pemegang saham MAHB yang lain, Khazanah akan memiliki 40 peratus saham dalam MAHB dan KWSP memperoleh 30 peratus pemilikan, manakala Abu Dhabi Investment Authority (ADIA) dan Global Infrastructure Partners (GIP) akan memegang 30 peratus saham lagi.

Related Articles

Angka penduduk terjejas banjir di Sarawak, Sabah kekal
Nasional

Angka penduduk terjejas banjir di Sarawak, Sabah kekal

Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 9 Februari-Seramai 2,464 orang daripada 763 keluarga terjejas banjir...

Pelepasan cukai sehingga RM1,000 bagi pembelian alat, aktiviti sukan
Nasional

Pelepasan cukai sehingga RM1,000 bagi pembelian alat, aktiviti sukan

Foto FB Hannah YeohKUALA LUMPUR, 9 Februari- Pelepasan cukai sehingga RM1,000 ditawarkan...

50 murid kurang berkemampuan terima sumbangan persekolahan
Nasional

50 murid kurang berkemampuan terima sumbangan persekolahan

Datuk Ameer Ali MydinSUBANG JAYA, 8 Februari- Seramai 50 murid daripada keluarga...

76 keluarga mangsa ribut terima Bantuan Wang Ihsan RM1,000
Nasional

76 keluarga mangsa ribut terima Bantuan Wang Ihsan RM1,000

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha MustafaSEGAMAT, 8 Februari...