Thursday , 16 January 2025
Home Nasional Suami isteri warga emas, cucu rentung dalam kebakaran di Pagoh
Nasional

Suami isteri warga emas, cucu rentung dalam kebakaran di Pagoh

Suami isteri warga emas, cucu rentung dalam kebakaran di Pagoh

FOTO JBPM Johor

MUAR, 9 Ogos- Tiga rentung dalam kebakaran di sebuah rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Muar, Johor, 1.30 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, seorang mangsa terselamat dalam insiden itu, dan hanya mengalami cedera ringan.

Mangsa yang rentung terdiri daripada pasangan suami isteri berumur 82 dan 76 tahun, serta cucu perempuan mereka berumur 11 tahun.

Mangsa yang terselamat, remaja perempuan berumur 14 tahun, juga merupakan cucu kepada kedua-dua warga emas itu.

Seramai 21 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Pagoh dan Muar, digerakkan ke lokasi, dan kebakaran dipadamkan pukul 4.15 pagi.

Punca kebakaran belum dikenal pasti, dan sedang disiasat.

Mangsa yang rentung dibawa ke Unit Forensik Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar, untuk dibedah siasat, manakala mangsa yang terselamat, telah dirawat di unit kecemasan.

Sementara itu, polis sedang mengesan anak saudara pasangan warga emas itu,Azman Mohamed, berumur 48 tahun, yang tinggal bersama mereka, untuk membantu siasatan.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Related Articles

Lawatan kerja rasmi PM, Anwar selamat tiba di London
Nasional

Lawatan kerja rasmi PM, Anwar selamat tiba di London

Foto RTMLONDON, 15 Januari– Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat tiba...

Banjir Johor: Angka penduduk terjejas terus berkurang
Nasional

Banjir Johor: Angka penduduk terjejas terus berkurang

Foto RTMJOHOR BAHRU,15 Januari-Angka penduduk terjejas banjir di empat daerah di Johor...

Hak agihan gas: Anwar percaya isu PETRONAS, PETROS selesai
Nasional

Hak agihan gas: Anwar percaya isu PETRONAS, PETROS selesai

Foto RTMABU DHABI, 15 Januari–Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya isu...

Syarikat UAE ditawar melabur dalam sektor TBB, pusat data
Nasional

Syarikat UAE ditawar melabur dalam sektor TBB, pusat data

Foto FB PMABU DHABI, 15 Januari– Malaysia mengalu-alukan syarikat di Emiriah Arab...