Friday , 14 February 2025
Home Nasional Sayap Belia PBB langkah strategik galak anak muda dalam politik
Nasional

Sayap Belia PBB langkah strategik galak anak muda dalam politik

Sayap Belia PBB langkah strategik galak anak muda dalam politik

Sayap Pergerakan Belia oleh Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak

SIBU, 6 Oktober – Penubuhan Sayap Pergerakan Belia oleh Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak merupakan langkah strategik untuk menggalakkan penglibatan golongan muda dalam politik, terutama dalam konteks perkembangan negeri Sarawak.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg, penubuhan itu untuk memperkasakan belia berusia antara 18 hingga 28 tahun agar dapat memberikan sumbangan bermakna dalam pembangunan PBB dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Jelasnya, sebagai parti dominan adalah penting untuk melatih pemimpin muda dari peringkat awal, supaya mereka dapat mengisi jawatan di sayap pemuda atau wanita dan akhirnya ke pucuk pimpinan.

\”Hari ini adalah satu hari sejarah di mana PBB menerima para belia. Kami berharap program ini dapat berfungsi sebagai latihan praktikal di semua organisasi korporat, di mana mereka bukan sahaja belajar tetapi juga dapat menyumbang ke arah masa depan.

“Dengan latihan dan pendedahan yang diberikan, ia akan dapat menunjukkan kualiti kepimpinan dalam parti dan juga dalam negeri ke arah masa depan yang lebih mampan,\” katanya selepas merasmikan majlis Pelancaran Sayap PBB hari ini.

Tambahnya, sebagai pimpinan Sarawak hendaklah mengetahui selok-belok untuk menyatukan rakyat berbilang kaum, bangsa, agama serta pelbagai latar belakang ke arah satu platform dan meningkatkan corak hidup dan kualiti rakyat Sarawak.

Related Articles

Lima beranak rentung dalam kebakaran di Umbai
Nasional

Lima beranak rentung dalam kebakaran di Umbai

FOTO JBPM MELAKAMELAKA, 13 Februari- Lima beranak ditemui rentung selepas rumah mereka...

Banjir Sarawak: Jumlah penduduk terjejas tidak berubah, 262 masih berlindung di PPS
Nasional

Banjir Sarawak: Jumlah penduduk terjejas tidak berubah, 262 masih berlindung di PPS

FOTO PKOD BELURUKUCHING, 13 Februari- Jumlah penduduk terjejas banjir yang masih berada...

Pemandu lori kena serangan jantung, maut selepas langgar 4X4
Nasional

Pemandu lori kena serangan jantung, maut selepas langgar 4X4

FOTO HIASANSIBU, 13 Februari- Seorang pemandu lori maut, dipercayai mengalami serangan sakit...

FGV sumbang kelengkapan sekolah kepada pelajar asnaf
Nasional

FGV sumbang kelengkapan sekolah kepada pelajar asnaf

Antara pelajar asnaf dari kawasan sekitar Lembah Klang menerima sumbangan kelengkapan persekolahan...