Home Nasional Sarawak kekurangan guru Bahasa Inggeris peringkat sekolah menengah
Nasional

Sarawak kekurangan guru Bahasa Inggeris peringkat sekolah menengah

Sarawak kekurangan guru Bahasa Inggeris peringkat sekolah menengah

Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn pada Majlis Pecah Tanah Pusat Komuniti Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh, DBNA di Serian

KUCHING, 20 Julai- Masalah kekurangan guru Bahasa Inggeris di Sarawak dijangka dapat ditangani dalam masa terdekat.

Menurut Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn, meskipun kekurangan tersebut tidak kritikal namun masih terdapat keperluan terutamanya diperingkat sekolah menengah.

Buat masa ini katanya pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia, SSP masih mengadakan temu duga bagi pengambilan guru Bahasa Inggeris untuk Sarawak.

Buat masa ini katanya, Sarawak hanya mempunyai seramai lebih 200 guru Bahasa Inggeris untuk sekolah menengah manakala lebih 1,000 guru untuk peringkat sekolah rendah.

\”Kami berharap semua ini dapat diselesaikan secepat mungkin tetapi seperti yang anda semua tahu, pengambilan guru tidak mengambil sesiapa sahaja yang mengajar kerana mereka mesti guru terlatih, katanya.

Beliau berkata demikian di Majlis Pecah Tanah Pusat Komuniti Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh, DBNA di Serian.

Projek yang bernilai RM4.23 juta itu merangkumi pembinaan bangunan dua tingkat di atas tanah seluas 0.58 ekar, lengkap dengan dewan utama, kantin, hostel, ruang letak kenderaan dan dijangka siap Oktober tahun depan.

Sementara itu Ahli Dewan Undangan Negeri Tebedu Dr Simon Bada yang menyambut baik pembinaan tersebut berharap ianya menjadi pusat maklumat perlancongan kawasan serian selain menyediakan kemudahan perkhidmatan mampu milik untuk semua.

Related Articles

Nasional

Niaga hadapan emas didagangkan dengan berhati-hati minggu depan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 19 April- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives...

90 pesakit HTF terima sumbangan raya
Nasional

90 pesakit HTF terima sumbangan raya

Salahs eorang pesakit menerima sumbangan daripada Lembaga Pelawat HTFKANGAR, 19 April- Sempena...

400 Peserta Sertai Kampung Run @ Mata Ayer 1.0
Nasional

400 Peserta Sertai Kampung Run @ Mata Ayer 1.0

FOTO RTMMATA AYER, 19 April- Seramai 400 peserta dari seluruh negara telah...

Kebolehpasaran graduan SMMTC lepasi sasaran ditetapkan
Nasional

Kebolehpasaran graduan SMMTC lepasi sasaran ditetapkan

Walaupun industri media di negara ini sedang berhadapan dengan cabaran teknologi pengganggu...