Home Nasional Rakyat Malaysia dinasihatkan tangguh semua perjalanan ke Bangladesh
Nasional

Rakyat Malaysia dinasihatkan tangguh semua perjalanan ke Bangladesh

Rakyat Malaysia dinasihatkan tangguh semua perjalanan ke Bangladesh

Foto AFP

PUTRAJAYA, 7 Ogos– Rakyat Malaysia dinasihatkan supaya menangguhkan semua perjalanan ke Bangladesh berikutan situasi negara itu yang masih belum stabil, kata Kementerian Luar.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar berkata ia sedang memantau rapi keadaan di Bangladesh menerusi Suruhanjaya TinggiMalaysia di Dhaka.

“Kementerian ini juga mengambil maklum pembentukan kerajaan interim Bangladesh bagi memastikan urusan pentadbiran negara dapat berfungsi seperti biasa.

Warganegara Malaysia yang berada di Bangladesh adalah dinasihatkan untuk mendaftarkan keberadaan mereka dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka, serta sentiasa berwaspada, mengelak daripada berada di kawasan konflik dan mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan pada Rabu.

Ia berkatasebarang perkembangan terkini ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Sekiranya berlaku kecemasan, warganegara Malaysia boleh menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka di alamatHouse No. 19, Road No. 6, Baridhara Diplomatic Enclave, Dhaka– 1212, atau di talian+880241081892 / 1895 dan +88 018 4179 8077 (untuk kecemasan sahaja) atau e-mel diAlamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

Media melaporkan lebih daripada 200 orang terbunuh dalam tunjuk perasaan yang bermula sebagai gerakan menentang kuota pekerjaan dalam kerajaan pada pertengahan Julai. Protes itu kemudian berkembang menjadi kempen untuk menyingkirkan Perdana MenteriSheikh Hasina.

Pada Isnin, Hasina meninggalkan Bangladesh di tengah-tengah peningkatan desakansupaya beliau meletakkan jawatan berikutan tunjuk perasaan besar-besaran terhadap kerajaan pimpinannya.

Agensi Anadolu melaporkan pemenang Hadiah Nobel tunggal BangladeshMuhammad Yunus akan mengetuai kerajaan peralihannegara itu berikutan peletakan jawatan Hasina.-BERNAMA

Related Articles

Nasional

Niaga hadapan emas didagangkan dengan berhati-hati minggu depan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 19 April- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives...

90 pesakit HTF terima sumbangan raya
Nasional

90 pesakit HTF terima sumbangan raya

Salahs eorang pesakit menerima sumbangan daripada Lembaga Pelawat HTFKANGAR, 19 April- Sempena...

400 Peserta Sertai Kampung Run @ Mata Ayer 1.0
Nasional

400 Peserta Sertai Kampung Run @ Mata Ayer 1.0

FOTO RTMMATA AYER, 19 April- Seramai 400 peserta dari seluruh negara telah...

Kebolehpasaran graduan SMMTC lepasi sasaran ditetapkan
Nasional

Kebolehpasaran graduan SMMTC lepasi sasaran ditetapkan

Walaupun industri media di negara ini sedang berhadapan dengan cabaran teknologi pengganggu...