Home Nasional Projek pembangunan di jambatan Sungai Golok-Rantau Panjang akan dibincangkan – Anwar
Nasional

Projek pembangunan di jambatan Sungai Golok-Rantau Panjang akan dibincangkan – Anwar

Projek pembangunan di jambatan Sungai Golok-Rantau Panjang akan dibincangkan – Anwar

Foto BERNAMA

PASIR MAS, 3 Ogos- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan perbincangandengan Kerajaan Kelantan berhubung beberapa projek pembangunan sementara di Jambatan Kedua Sungai Golok-Rantau Panjang.

Menurut Anwar, ia bagi memberi peluang kepada rakyat Kelantan yang berada di sekitar kawasan tersebut untuk menjana pendapatan.

\”Saya juga telah berbincang dengan Menteri Besar Kelantan supaya bila sementara jambatan ini siap, kita terus adakan beberapa projek pembangunan daripada sudut peluang-peluang perniagaan, gerai dan warung yang lebih baik, tempat perniagaan di kawasan berdekatan dengan jambatan.

\”Langkah tersebut diambil supaya ia tidak hanya jambatan, tetapi ada rangkaian perniagaan perdagangan di sebelah Kelantan,\” katanya kepada pemberita dalam sidang media selepas Lawatan Kerja ke Rantau Panjang dan Sungai Golok, Narathiwat, Thailand.

Dalam pada itu, Anwar berkata peruntukan kewangan mencukupi akan segera disediakan bagi mengatasi masalah banjir di Rantau Panjang.

Perdana Menteri berkata dana digunakan untuk kerja menggali dan membersihkan Sungai Golok serta penyelesaian bencana di kawasan berkenaan.

\”Daripada segi dasar, kedua-dua Perdana Menteri (Thailand dan Malaysia) telah bersetuju untuk menyegerakan, jadi kalau sebaik diselesaikan peringkat teknikal kita akan sediakan peruntukan kewangan yang mencukupi untuk terus gali dan membersihkan sungai supaya tiada timbunan yang menyekat pengaliran air ke laut serta menyebabkan banjir.

\”Ini bagi saya masalah yang amat besar di Rantau Panjang sebab itu kita bagi keutamaan,\” katanya.

Related Articles

Pemerkasaan bumiputera, tingkat mobiliti sosial
Nasional

Pemerkasaan bumiputera, tingkat mobiliti sosial

Datuk Seri Anwar IbrahimKUALA LUMPUR, 15 Mac- Kerajaan terus memberi fokus terhadap...

KDN lulus 19,627 permit masuk sejak 2015
Nasional

KDN lulus 19,627 permit masuk sejak 2015

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution IsmailKULIM, 15 Mac – Kementerian...

Manfaatkan pakar tempatan, elak kebergantungan pakar luar
Nasional

Manfaatkan pakar tempatan, elak kebergantungan pakar luar

Profesor Dr. Zafir Khan Mohamed MakhbulKUALA LUMPUR, 15 Mac- Organisasi dalam negara...

Program repatriasi migran dalam proses dilanjut
Nasional

Program repatriasi migran dalam proses dilanjut

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution IsmailKULIM, 15 Mac – Jabatan...