Home Nasional Perdamaian Fatah-Hamas, perkukuh solidariti rakyat Palestin
Nasional

Perdamaian Fatah-Hamas, perkukuh solidariti rakyat Palestin

Perdamaian Fatah-Hamas, perkukuh solidariti rakyat Palestin

Foto AFP

KUALA LUMPUR, 23 Julai– Malaysia mengalu-alukan persefahaman dan perpaduan antara Fatah dan Hamas yang pastinya akan memperkukuh solidariti warga Palestin.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi hantaran di laman facebook menyifatkan Deklarasi Beijing ternyata langkah yang amat penting terutama dalam mencapai hak dan kebebasan buat rakyat Palestin.

Beliau menzahirkan penghargaan buat Kerajaan Republik Rakyat China dalam memudahcara pertemuan dan perbincangan antara Fatah, Hamas dan dua belas fraksi lain yang membentuk perjuangan Palestin.

\”Saya amat berharap bahawa deklarasi perpaduan ini benar-benar diterjemahkan di semua peringkat dengan jayanya, serta dalam menongkah tantangan di masa hadapan\”, katanya menerusi facebook.

Tegasnya, perakuan antarabangsa menjadi yang terpenting saat ini.

Justeru, beliau menggesa kerajaan di seluruh dunia yang belum memperaku Negara Palestin untuk segera memperakuinya, selain memberi dukungan kepada deklarasi perpaduan itu.

\”Kesemua pihak mesti secara bersama merencana, merangka serta memastikan sikap barbarik dan biadab Israel dihentikan\”, katanya.

Malaysia bersedia untuk mencurahkan tenaga dan keringat ke arah tersebut demi keadilan dan kebebasan.

Related Articles

Banjir: 338 penduduk terjejas di Kedah, satu lagi PPS dibuka
Nasional

Banjir: 338 penduduk terjejas di Kedah, satu lagi PPS dibuka

Foto: FB APM Negeri KedahKUBANG PASU, 7 Oktober- Jumlah penduduk terjejas banjir...

Tiga maut, dua cedera parah kemalangan di Lahad Datu
Nasional

Tiga maut, dua cedera parah kemalangan di Lahad Datu

FOTO Balai Bomba dan Penyelamat Lahad DatuLAHAD DATU, 7 Oktober- Tiga termasuk...

Angka penduduk terjejas banjir meningkat, semua berada di PPS
Nasional

Angka penduduk terjejas banjir meningkat, semua berada di PPS

Keadaan PPS di KedahKUALA LUMPUR, 6 Oktober- Hujan lebat petang tadi menyebabkan...

Sayap Belia PBB langkah strategik galak anak muda dalam politik
Nasional

Sayap Belia PBB langkah strategik galak anak muda dalam politik

Sayap Pergerakan Belia oleh Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak SIBU, 6...