Home Nasional Pemimpin baharu Parti Konservatif Britain diumum 2 November depan
Nasional

Pemimpin baharu Parti Konservatif Britain diumum 2 November depan

Pemimpin baharu Parti Konservatif Britain diumum 2 November depan

Foto REUTERS

LONDON, 23 Julai– Parti Konservatif Britain dijangka mengumumkan pemimpin baharu pada 2 November depan susulan prestasi buruk yang dipamerkan parti tersebut pada pilihan raya yang diadakan bulan ini yang membawa kepada peletakan jawatan oleh bekas Perdana Menteri Rishi Sunak.

Sunak akan kekal sebagai pemangku pemimpin parti tersebut sehingga pelantikan pemimpin baharu, menurut Parti Konservatif itu dalam satu kenyataan.

Pengganti Sunak akan menjadi ketua rasmi pembangkang di parlimen dan bertanding dengan Perdana Menteri baharu Keir Starmer semasa \”Soalan Perdana Menteri\” mingguan, yang dilihat sebagai ujian kemahiran berpidato seseorang ahli parlimen.

Setakat ini, tiada pemimpin parti tersebut yang mencalonkan nama bagi jawatan berkenaan.

Namun, terdapat beberapa nama pemimpin Konservatif yang dikatakan layak menggantikan Sunak seperti Bekas Menteri Perdagangan, Kemi Badenoch, bekas Menteri Dalam Negeri, Suella Braverman, dan beksa diplomat, James Cleverly dan bekas Menteri Imigresen, Robert Jenrick.

Kempen pilihan raya Parti Konservatif berakhir pada 4 Julai lalu dengan kegagalan, apabila Parti Buruh berhaluan tengah, yang diterajui oleh Keir Starmer, memperolehi kemenangan besar menamatkan 14 tahun pemerintahan kerajaan pimpinan Parti Konservatif.-AFP

Related Articles

Pendekatan diplomatik dalam isu Laut China Selatan, cara terbaik tangani pertikaian
Nasional

Pendekatan diplomatik dalam isu Laut China Selatan, cara terbaik tangani pertikaian

Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan -Foto BERNAMAVIENTIANE, 11 Oktober– Pendekatan diplomatik...

Pelaksanaan prinsip SDG dan ESG, beri impak kepada negara – PETRA
Nasional

Pelaksanaan prinsip SDG dan ESG, beri impak kepada negara – PETRA

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir/FailKLANG, 11...

Tuanku Muhriz titah nasib kanak-kanak GISBH dibela
Nasional

Tuanku Muhriz titah nasib kanak-kanak GISBH dibela

Foto Fail/BERNAMASEREMBAN, 11 Oktober– Nasib kanak-kanak bawah Global Ikhwan Services and Business...

Lawatan negara Agong ke Brunei perkukuh hubungan diraja
Nasional

Lawatan negara Agong ke Brunei perkukuh hubungan diraja

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengadakan lawatan negara ke Brunei pada...