Thursday , 16 January 2025
Home Nasional Pembinaan semula jambatan di Slim Village akan dimulakan segera
Nasional

Pembinaan semula jambatan di Slim Village akan dimulakan segera

Pembinaan semula jambatan di Slim Village akan dimulakan segera

Exco Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin / Foto RTM

TANJUNG MALIM, 24 Ogos – Kerja-kerja membina semula jambatan dan membaik pulih jalan di Slim Village, Slim River, di sini akan dimulakan dengan segera susulan kejadian kepala air dan empangan pecah yang berlaku, pada Jumaat.

Laluan tersebut merupakan jalan utama bagi penduduk kampung.

Exco Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin berkata proses pembaikan tersebut akan dipercepatkan, termasuk memohon peruntukan untuk membina semula jambatan kepada kerajaan pusat.

\”Saya akan bawa perkara ini dalam mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri yang akan datang dan akan cadangkan supaya kerajaan negeri menyediakan peruntukan atau kita minta daripada kerajaan pusat melalui Ahli Parlimen Tanjung Malim.

\”Ini adalah kejadian pertama seumpamanya, jadi jika proses-proses itu dapat dipercepatkan, kita dapat peruntukan yang lebih untuk usaha membina semula jambatan ini,\” katanya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau keadaan runtuhan Jambatan Lama Sungai Slim di Jalan Slim River-Behrang Ulu, di sini.

Turut hadir ialah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, yang juga Ahli Parlimen Tanjung Malim, Chang Lih Kang.

Related Articles

Lawatan kerja rasmi PM, Anwar selamat tiba di London
Nasional

Lawatan kerja rasmi PM, Anwar selamat tiba di London

Foto RTMLONDON, 15 Januari– Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat tiba...

Banjir Johor: Angka penduduk terjejas terus berkurang
Nasional

Banjir Johor: Angka penduduk terjejas terus berkurang

Foto RTMJOHOR BAHRU,15 Januari-Angka penduduk terjejas banjir di empat daerah di Johor...

Hak agihan gas: Anwar percaya isu PETRONAS, PETROS selesai
Nasional

Hak agihan gas: Anwar percaya isu PETRONAS, PETROS selesai

Foto RTMABU DHABI, 15 Januari–Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya isu...

Syarikat UAE ditawar melabur dalam sektor TBB, pusat data
Nasional

Syarikat UAE ditawar melabur dalam sektor TBB, pusat data

Foto FB PMABU DHABI, 15 Januari– Malaysia mengalu-alukan syarikat di Emiriah Arab...