Home Nasional PDRM umum pertukaran 39 pegawai kanan
Nasional

PDRM umum pertukaran 39 pegawai kanan

PDRM umum pertukaran 39 pegawai kanan

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 23 Mac – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran 39 pegawai kanannya berkuat kuasa Jumaat lepas.

Setiausaha PDRM Datuk Kamaruzaman Abdullah dalam kenyataan hari ini memaklumkan pertukaran itu, antaranya melibatkan Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azry Akmar Ayob yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Pahang.

Beliau berkata kekosongan jawatan Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur pula akan diisi oleh Timbalan Pengarah Siasatan/Perundangan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad, menggantikan Azry Akmar.

“Ketua Penolong Pengarah E9 Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Bukit Aman Datuk Aida Abdul Hamid pula dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah E6 Cawangan Khas Bukit Aman.

“Selain itu, Ketua Penolong Pengarah E3 Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Mohd Hairuddin Che Hamid dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah E7 Cawangan Khas Bukit Aman,” katanya.

Kamaruzaman berkata Ketua Penolong Pengarah E6 Cawangan Khas Bukit Aman DCP Azhar Sepawi dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah E3 Cawangan Khas Bukit Aman.

Pertukaran turut membabitkan Ketua Penolong Pengarah (D5) Pendakwaan/Undang-undang Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Mohamad Zainal Abdullah yang dilantik sebagai Timbalan Pengarah Siasatan/ Perundangan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dengan memangku pangkat DCP.

“Ketua Penolong Pengarah D14 Siasatan Jenayah Terancang Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman SAC Abdul Latiff Mehat pula dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Johor dengan memangku pangkat DCP.

“Timbalan Pengarah (Kewangan/ Perolehan/Kepolisan Am) Jabatan Logistik Dan Teknologi Bukit Aman SAC Shamsul Amar Ramli dilantik sebagai Timbalan Pengarah (Siasatan Jenayah Siber) Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman dengan memangku pangkat DCP,” katanya.

Selain itu, Penolong Pengarah E6A Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Yusni Mohd Jamil dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah E5 Cawangan Khas Bukit Aman. – BERNAMA

Related Articles

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape
Nasional

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape

Gambar hiasanSHAH ALAM, 25 April – Kerajaan Negeri Selangor sedang meneliti secara...

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari
Nasional

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari

Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg/Foto UKASKUCHING, 25 April – Syarikat...

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir
Nasional

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir

Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 25 April- Seramai 369 orang daripada 87 keluarga terjejas...

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear
Nasional

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah YusofLONDON, 23 April – Agensi Tenaga...