Wednesday , 19 March 2025
Home Nasional Operasi pembenihan awan di Perak, Kedah bermula esok
Nasional

Operasi pembenihan awan di Perak, Kedah bermula esok

Operasi pembenihan awan di Perak, Kedah bermula esok

Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR, 28 Julai– Operasi pembenihan awan (OPA) di Perak dan Kedah akan dilaksanakan selama tiga hari berturut-turut bermula esok hingga 31 Julai.

Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi menerusi kenyataan berkata operasi tersebut bagi meningkatkan paras air Empangan Bukit Merah, Perak dan Empangan Muda, Kedah untuk tujuan pertanian dan kegunaan air domestik.

Beliau berkata usaha tersebut adalah salah satu usaha kerajaan menangani kesan fenomena cuaca panas dan Monsun Barat Daya yang dijangka berterusan sehingga penghujung September 2024.

\”OPA dilaksanakan atas permohonan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Kerian serta Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSANK) melalui penyelarasan antara Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dan Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM).

\”Met Malaysia turut menjangkakan taburan hujan di Kedah dan Perak rendah sehingga September 2024.

Katanya, merujuk kepada data Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara pada Jumaat lalu, peratus takungan semasa Empangan Muda ialah 9.44 peratus manakala Empangan Bukit Merah, 15.25 peratus.

“Selaku Pengerusi Bencana Pusat, saya bersetuju bahawa pelaksanaan OPA ini dibuat bagi menjamin sumber air mencukupi di kawasan tadahan hujan sepanjang tempoh negara berhadapan dengan cuaca panas dan kering\”, katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata bekalan air dari empangan Muda dialirkan ke empangan Pedu bagi keperluan domestik, industri dan pengairan padi.

\”Tanaman padi kawasan Muda merupakan jelapang padi terbesar di Malaysia dengan keluasan 100,641.19 hektar terdiri daripada 81,606.66 hektar di Kedah dan 19,034.53 hektar di Perlis.

\”Manakala, kawasan tanaman padi di Kerian, Perak yang menerima sumber air dari Empangan Bukit Merah pula merupakan jelapang padi ketiga terbesar negara dengan keluasan 20,326 hektar.

\”Kekurangan turunan hujan akan mengakibatkan takungan simpanan akan terus menyusut seterusnya tidak dapat menampung keperluan untuk jangka masa panjang,\” katanya.

Related Articles

Tiga buah kedai di Bandar Indahpura musnah dijilat api
Nasional

Tiga buah kedai di Bandar Indahpura musnah dijilat api

Salah sebuah kedai yang musnah dijilat apiKULAI, 18 Mac – Tiga buah...

Ex Kurung: Latihan hadapi ancaman nyata, bukan sekadar simulasi
Nasional

Ex Kurung: Latihan hadapi ancaman nyata, bukan sekadar simulasi

Latihan Anti Pengganas dan Menyelamat Tebusan \’Ex Kurung\’ yang diadakan di Politeknik...

MAHB tingkat usaha cegah penyeludupan hidupan liar di KLIA
Nasional

MAHB tingkat usaha cegah penyeludupan hidupan liar di KLIA

Foto arkib: Cubaan menyeludup hidupan liar berjaya digagalkan di KLIA apabila puluhan...

Dua jam APM Kuching tangkap ular sawa 50kg bersama 30 telur
Nasional

Dua jam APM Kuching tangkap ular sawa 50kg bersama 30 telur

Ular sawa sepanjang lima meter dan seberat 50 kilogram itu berjaya ditangkap...