Home Nasional Nahas pesawat Elmina: Kerajaan serah kepada CAAM untuk tindakan
Nasional

Nahas pesawat Elmina: Kerajaan serah kepada CAAM untuk tindakan

Nahas pesawat Elmina: Kerajaan serah kepada CAAM untuk tindakan

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 20 Ogos– Kerajaan menyerahkan kepada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) untuk mengambil tindakan ke atas pemilik pesawat Beechcraft yang terlibat dalam nahas di Elmina, Shah Alam pada Ogos tahun lepas, sekiranya berlaku pelanggaran undang-undang daripada segi pengoperasian pesawat.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata CAAM sedang menjalankan siasatan terperinci berkenaan nahas tersebut dan sedang meneliti semua kelompongan peraturan yang perlu ditambah baik.

\”Seperti yang dikatakan dalam laporan itu, ada sedikit kelompongan daripada segi peraturan berkenaan dengan pesawat asing. Pesawat asing yang beroperasi sebagai penerbangan am. Dia bukan penerbangan asing ya. Jadi, jangan salah faham.\”

\”Semua syarikat-syarikat penerbangan am ini bukan penerbangan untuk penumpang biasa. Jadi, operasinya berlainan dan memang ada keperluan untuk kita memperketatkan peraturan-peraturan berkenaan,\” jelas Anthony kepada pemberita, hari ini.

Beliau berkata CAAM dijangka membentangkan laporan siasatan berhubung nahas pesawat tersebut pada akhir tahun ini.

Laporan akhir nahas Pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) di Elmina Shah Alam mendedahkan faktor nahas berlaku disebabkan tindakan peluasan tidak sengaja ‘lift dump spoiler’ oleh kru penerbangan ketika melakukan pemeriksaan sebelum mendarat.

Laporan siasatan yang dikeluarkan Biro Penyiasatan Kemalangan Udara (AAIB) mendapati latihan kru yang tidak mencukupi dan kurangnya kesedaran tentang operasi sistem ‘lift dump’ turut menjadi faktor penyumbang ke atas nahas yang mengorbankan enam orang dalam tragedi itu.

Related Articles

Jaringan Kasih Bersama Komuniti, sumbang kepakaran kepada masyarakat
Nasional

Jaringan Kasih Bersama Komuniti, sumbang kepakaran kepada masyarakat

Foto RTMKANGAR, 8 Disember – Seramai 300 sukarelawan terdiri pelajar Universiti Teknologi...

Lebih 600 sertai JKR Rando  Kuching Fun Run 2024
Nasional

Lebih 600 sertai JKR Rando Kuching Fun Run 2024

Foto RTMKUCHING, 8 Disember-Lebih 600 kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) seluruh Sarawak...

Jumlah penduduk terjejas banjir di enam negeri semakin berkurang
Nasional

Jumlah penduduk terjejas banjir di enam negeri semakin berkurang

Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 8 Disember-Jumlah penduduk terjejas banjir di enam negeri terus...

KPKT basmi 10, 669 tapak sampah haram di tujuh negeri bagi tempoh sedekad
Nasional

KPKT basmi 10, 669 tapak sampah haram di tujuh negeri bagi tempoh sedekad

KPKT progresif tutup 2,634 tapak pelupusan sampah haram tahun 2024NILAI, 7 Disember...