Home Nasional MOTAC jalin kerjasama dengan China calonkan tarian singa dan naga dalam UNESCO
Nasional

MOTAC jalin kerjasama dengan China calonkan tarian singa dan naga dalam UNESCO

MOTAC jalin kerjasama dengan China calonkan tarian singa dan naga dalam UNESCO

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar Khan

KUCHING 27 Julai-Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya,MOTAC sedang berkerjasama dengan kerajaan Negara China untuk mendapatkan pengiktirafan terhadap tarian singa dan naga sebagai bagi Warisan Budaya Tidak Ketara (ICH) di Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, UNESCO.

Timbalan Menterinya, Khairul Firdaus Akbar Khan memberitahu langkah tersebut amat bertepatan dengan hasrat kerajaan untuk memartabatkan seni dan budaya pelbagai kaum di Malaysia seperti yang telah digariskan di dalam Dasar Kebudayaan Negara, Teras tujuh iaitu Kecemerlangan Budaya.

Beliau memberitahu demikian dalam ucapannya semasa Majlis Perasmian Festival Tarian Singa 2024.

Dalam pada itu, beliau memberitahu MOTAC juga berhasrat untuk menjadikan Festival Tarian Singa sebagai acara tahunan kementerian dan diangkat sebagai tarikan utama acara pelancongan kebudayaan sempena sambutan Tahun Melawat Malaysia 2026

Beliau turut berkesempatan mengucapkan tahniah kepada Sarawak berikutan penyenaraian tapak warisan arkeologi Kompleks Gua Taman Negara Niah, Sarawak sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Katanya, ia menjadikan Malaysia secara kesuluruhannya telah berjaya menyenaraikan lima Tapak Warisan Dunia UNESCO, termasuklah Taman Negara Gunung Mulu, Sarawak ; Taman Kinabalu, Sabah; Bandar Bersejarah Selat Melaka, Melaka dan George Town dan Warisan Arkeologi Lembah Lenggong.

Ujarnya, dengan adanya pengiktirafan seumpamanya Malaysia akan dilihat oleh negara luar sebagai destinasi pelancongan yang pasti dilawati.

Related Articles

Pembukaan dua pusat NADI Baharu di Johor lengkapkan 101 NADI di negeri itu
Nasional

Pembukaan dua pusat NADI Baharu di Johor lengkapkan 101 NADI di negeri itu

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie ChingKULAI, 22 Mac – Dua buah lagi...

Malaysia Airlines sambung semula penerbangan ke Heathrow London
Nasional

Malaysia Airlines sambung semula penerbangan ke Heathrow London

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 22 Mac – Malaysia Airlines hari ini...

37 anak yatim PRITY terima sumbangan kelengkapan hari raya
Nasional

37 anak yatim PRITY terima sumbangan kelengkapan hari raya

Seramai 37 anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan Ibu Tunggal dan Anak Yatim...

Lebih 1,000 wanita hadiri Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran
Nasional

Lebih 1,000 wanita hadiri Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran

Foto Badan Perhubungan UMNO KedahSUNGAI PETANI, 22 Mac – Lebih 1,000 jemaah...