Home Nasional Maritim Malaysia temui dua bot bawa 300 warga asing Myanmar di Langkawi
Nasional

Maritim Malaysia temui dua bot bawa 300 warga asing Myanmar di Langkawi

Maritim Malaysia temui dua bot bawa 300 warga asing Myanmar di Langkawi

FOTO FAIL

ALOR SETAR, 4 Januari – Dua bot yang membawa hampir 300 pendatang warga Myanmar ditemui di kawasan dua batu nautika barat daya Pulau Rebak, Langkawi, semalam.

Ketua PengarahAgensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Laksamana Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata, bot berkenaan dijumpai kira-kira pukul 4.16 petang dan kesemua warga asing berada dalam keadaan keletihan selepas dipercayai melalui perjalanan yang panjang tanpa bekalan makanan dan minuman yang mencukupi.

\”Dianggarkan hampir 300 warga asing berada di dalam bot terbabit dan pihakMaritim Malaysia telah memberi bantuan termasuk bekalan makanan dan minuman air bersih, sebelum dua bot itu diusir keluar sehingga ke perairan sempadan negara bagi meneruskan pelayaran.

\”Kami juga berkerjasama rapat dengan pihak penguat kuasa Thailand bagi mendapatkan maklumat tambahan mengenai pergerakan bot-bot berkenaan,” katanya.

Mohd Rosli berkataMaritim Malaysia mengingatkan komuniti maritim untuk segera melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan dengan menghubungi talian kecemasan 999 atau Maritim Rescue Sub Centre (MRSC) Langkawi ditalian 04-9662750 atau 011-58925868.

Semalam, Mohd Rosli berkata pihaknya telah mengaktifkan Operasi GUARD dan menggandakan rondaan bagi mengesan baki pendatang tanpa izin dari Myanmar yang dilaporkan menuju ke Langkawi.

Operasi itu susulan daripada penahanan 196 warga Myanmar di kawasan Pantai Teluk Yu, Langkawi pada 3.25 pagi semalam, selepas bot dinaiki mereka terkandas di perairan itu.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....