Home Nasional Malaysia tidak pernah iktiraf sebarang tuntutan terhadap Sabah
Nasional

Malaysia tidak pernah iktiraf sebarang tuntutan terhadap Sabah

Malaysia tidak pernah iktiraf sebarang tuntutan terhadap Sabah

Foto BERNAMA

PUTRAJAYA, 29 Julai- Kerajaan mengambil maklum mengenai penularan satu video di media sosial yang mengandung kandungan tidak berasas dan mengelirukan yang mempertikaikan kedaulatan Sabah sebagai sebahagian penting dari Malaysia.

Menurut Wisma Putra, pihaknya sedang menjalankan siasatan secara mendalam dengan kerjasama kementerian serta agensi berkenaan berhubung perkara itu.

Jelasnya, Sabah sentiasa merupakan sebahagian penting daripada Malaysia.

Malaysia tidak pernah dan tidak akan mengiktiraf mana-mana tuntutan ke atas Sabah.

\”Sabah telah diktiraf oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dan masyarakat antarabangsa sebagai sebahagian daripada Malaysia sejak pembentukan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.

\”Rakyat Sabah telah melaksanakan hak penentuan nasib sendiri (\’self-determination\’) berhubung pembentukan Malaysia menerusi Suruhanjaya Cobbold pada tahun 1962,\” menurut kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu, Malaysia akan terus mempertahankan kedaulatan Sabah sebagai sebahagian penting dari Malaysia dan memastikan agar kedaulatan, keutuhan wilayah dan kepentingan negara sentiasa dilindungi pada setiap masa.

Related Articles

Nasional

Niaga hadapan emas didagangkan dengan berhati-hati minggu depan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 19 April- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives...

90 pesakit HTF terima sumbangan raya
Nasional

90 pesakit HTF terima sumbangan raya

Salahs eorang pesakit menerima sumbangan daripada Lembaga Pelawat HTFKANGAR, 19 April- Sempena...

400 Peserta Sertai Kampung Run @ Mata Ayer 1.0
Nasional

400 Peserta Sertai Kampung Run @ Mata Ayer 1.0

FOTO RTMMATA AYER, 19 April- Seramai 400 peserta dari seluruh negara telah...

Kebolehpasaran graduan SMMTC lepasi sasaran ditetapkan
Nasional

Kebolehpasaran graduan SMMTC lepasi sasaran ditetapkan

Walaupun industri media di negara ini sedang berhadapan dengan cabaran teknologi pengganggu...