Friday , 14 February 2025
Home Nasional Malaysia terus sokong UNRWA
Nasional

Malaysia terus sokong UNRWA

Malaysia terus sokong UNRWA

Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan

NEW YORK, 24 September – Malaysia mengulangi pendirian tegas menyokong Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) yang bertindak sebagai kerajaan de facto kepada Palestin.

Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, terdapat usaha berterusan daripada pihak tertentu untuk menghapuskan UNRWA.

Jelasnya, langkah itu akan membawa kesan buruk kepada rakyat Palestin terutama dalam sektor pendidikan dan kesihatan.

\”Ada usaha untuk memastikan supaya UNRWA ini dihapuskan, kerana mereka tidak mahu melihat UNRWA sentiasa berusaha dan juga menjadi sebagai tulang belakang kerajaan De facto kepada Palestine. Ini amat dikesali kerana usaha ini merupakan usaha untuk memusnahkan Palestin.\” katanya.

Beliau bercakap kepada media selepas bertemu dengan Pesuruhjaya Jeneral UNRWA, Philippe Lazzarini, di luar Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNGA) di New York.

Beliau juga menyeru masyarakat antarabangsa untuk memastikan UNRWA terus berfungsi seperti yang ditetapkan sejak awal penubuhannya, demi kelangsungan generasi muda Palestin yang terkesan dengan konflik berpanjangan.

Dalam perkembangan lain, Datuk Seri Mohamad turut mengadakan pertemuan empat mata dengan Timbalan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Kurt M Campbell bagi membincangkan situasi terkini di Gaza.

Beliau juga menyambut baik usaha Amerika Syarikat untuk mencapai gencatan senjata di Gaza walaupun mengakui cabaran besar dalam merealisasikannya.

Related Articles

Lima beranak rentung dalam kebakaran di Umbai
Nasional

Lima beranak rentung dalam kebakaran di Umbai

FOTO JBPM MELAKAMELAKA, 13 Februari- Lima beranak ditemui rentung selepas rumah mereka...

Banjir Sarawak: Jumlah penduduk terjejas tidak berubah, 262 masih berlindung di PPS
Nasional

Banjir Sarawak: Jumlah penduduk terjejas tidak berubah, 262 masih berlindung di PPS

FOTO PKOD BELURUKUCHING, 13 Februari- Jumlah penduduk terjejas banjir yang masih berada...

Pemandu lori kena serangan jantung, maut selepas langgar 4X4
Nasional

Pemandu lori kena serangan jantung, maut selepas langgar 4X4

FOTO HIASANSIBU, 13 Februari- Seorang pemandu lori maut, dipercayai mengalami serangan sakit...

FGV sumbang kelengkapan sekolah kepada pelajar asnaf
Nasional

FGV sumbang kelengkapan sekolah kepada pelajar asnaf

Antara pelajar asnaf dari kawasan sekitar Lembah Klang menerima sumbangan kelengkapan persekolahan...