Home Nasional Malaysia seru ASEAN, OIC hentikan penindasan di Myanmar
Nasional

Malaysia seru ASEAN, OIC hentikan penindasan di Myanmar

Malaysia seru ASEAN, OIC hentikan penindasan di Myanmar

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan

NEW YORK, 26 September– Malaysia menyeru ASEAN dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) agar memainkan peranan yang lebih tegas dalam menangani isu kekejaman terhadap umat Islam terutama etnik Rohingya di Myanmar.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, keadaan di Myanmar telah melepasi skop hal ehwal dalam negara.

Jelasnya, lebih tujuh juta umat Islam di Myanmar yang terdiri daripada pelbagai etnik. Malangnya hanya 30 peratus yang diketahui umum dan mereka telah ditindas, dibunuh dan rumah dibakar.

Justeru, bantuan dan sokongan kuasa besar, blok-blok berpengaruh dan organisasi antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dan OIC amat dialu-alukan.

ASEAN juga tidak boleh berdiam diri dengan berpegang teguh kepada prinsip tidak mencampuri hal ehwal dalaman sesuatu negara.

\”ASEAN telah pun ada platform yang dipanggil TROIKA iaitu tiga negara Iaitu Laos sebagai pengerusi sekarang, Indonesia sebagai bekas pengerusi tahun lepas dan kita pengerusi yang akan datang ini dipanggil TROIKA.

\”Kita akan memperkasakan lagi langkah-langkah yang perlu diambil oleh TROIKA ini, tetapi melalui asas ASEAN yang berasaskan kepada Konsensus Lima Perkara\”, katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Pertukaran Nota Diplomatik di New York.

Tambahnya, selain kekejaman terhadap umat Islam, isu lain di Myanmar juga telah menjadi ancaman melepasi sempadan terutama isu pengeluaran dadah, penipuan pekerjaan dan judi dalam talian.

Related Articles

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape
Nasional

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape

Gambar hiasanSHAH ALAM, 25 April – Kerajaan Negeri Selangor sedang meneliti secara...

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari
Nasional

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari

Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg/Foto UKASKUCHING, 25 April – Syarikat...

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir
Nasional

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir

Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 25 April- Seramai 369 orang daripada 87 keluarga terjejas...

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear
Nasional

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah YusofLONDON, 23 April – Agensi Tenaga...