Home Nasional Malaysia kini dapat pengiktirafan antarabangsa lebih baik – PM
Nasional

Malaysia kini dapat pengiktirafan antarabangsa lebih baik – PM

Malaysia kini dapat pengiktirafan antarabangsa lebih baik – PM

FOTO FACEBOOK Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 9 September- Malaysia kini mendapat pengiktirafan yang lebih baik di peringkat antarabangsa berbanding sebelumnya, hasil daripada kerjasama strategik Malaysia dengan beberapa kuasa besar termasuk China dan Rusia.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia telah mempererat hubungan dengan China berikutan keupayaan dan kekuatan ekonomi negara tersebut.

Malaysia juga memanfaatkan kerjasama dengan Rusia dalam bidang teknologi aeroangkasa, tenaga dan nuklear yang telah menunjukkan perkembangan pesat.

\”Walaupun kita mendekati China kerana keupayaan dan kekuatan ekonomi China lebih segar bugar sekarang ini, dan mutakhir dengan Rusia, kerana keupayaan Rusia dalam beberapa bidang teknologi, (antaranya) aeroangkasa, tenaga, nuklear yang jauh lebih pantas, (tetapi) kita kekal dengan sahabat-sahabat tradisional kita termasuk, ASEAN, Eropah dan Amerika Syarikat,\” katanya.

Anwar berkata demikian ketika berucap pada Majlis Peluncuran Pelan Induk Kerjasama Awam-Swasta 2030 (PIKAS 2030) di sini hari ini.

Majlis tersebut turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

Related Articles

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape
Nasional

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape

Gambar hiasanSHAH ALAM, 25 April – Kerajaan Negeri Selangor sedang meneliti secara...

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari
Nasional

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari

Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg/Foto UKASKUCHING, 25 April – Syarikat...

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir
Nasional

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir

Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 25 April- Seramai 369 orang daripada 87 keluarga terjejas...

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear
Nasional

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah YusofLONDON, 23 April – Agensi Tenaga...