Home Nasional Malaysia-Filipina pertingkat kerjasama dalam bidang pertanian
Nasional

Malaysia-Filipina pertingkat kerjasama dalam bidang pertanian

Malaysia-Filipina pertingkat kerjasama dalam bidang pertanian

Maria Angela Abrera Poncea dan Datuk Seri Mohamad Sabu

KUALA LUMPUR, 19 Julai- Malaysia dan Filipina akan meningkatkan lagi hubungan dua hala dalam bidang pertanian khususnya aspek perdagangan pertanian serta kerjasama teknikal dalam subsektor tanaman, ternakan dan perikanan.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dalam satu kenyataan berkata, perkara itu dibincangkan semasa Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu menerima kunjungan hormat Duta Besar Filipina ke Malaysia Maria Angela Abrera Poncea di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) di ibu negara pada Rabu.

Pertemuan itu merupakan kali pertama diadakan sejak Angela mula berkhidmat di Malaysia pada hujung November tahun lepas.

\”Menerusi kunjungan hormat tersebut, PYT Angela memaklumkan bahawa Malaysia merupakan rakan dagang terbesar bagi sektor pertanian Filipina di rantau ASEAN dan beliau telah diberi tanggungjawab oleh Kerajaan Filipina untuk mengukuhkan kerjasama pertanian terutamanya dalam aspek keterjaminan makanan dengan Malaysia,\” katanya.

Menurut data perdagangan bagi 2023, nilai eksport Malaysia ke Filipina adalah sebanyak RM5.41 bilion berbanding nilai import Filipina dari Malaysia iaitu RM1.28 bilion yang menyumbang kepada imbangan perdagangan positif kepada negara.

Mohamad turut menjemput Angela ke Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA) 2024 yang dijadualkan pada 11 hingga 22 September depan selain mempelawa negara itu untuk menyertai acara dwitahunan tersebut.

Majlis itu turut dihadiri Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Datuk Azah Hanim Ahmad; Ketua Pengarah Jabatan Pertanian Malaysia Datuk Nor Sam Alwi; pegawai dan jabatan serta agensi bawah KPKM.

Related Articles

Miliki 300 liter diesel tanpa lesen, lelaki tempatan didenda RM3,500
Nasional

Miliki 300 liter diesel tanpa lesen, lelaki tempatan didenda RM3,500

Foto KPDN LABUAN, 30 April- Seorang lelaki tempatan didenda Mahkamah Sesyen di...

Semua pihak harus berani bertindak, tangani gangguan seksual
Nasional

Semua pihak harus berani bertindak, tangani gangguan seksual

Tangkap layar rakaman video pemandu e-hailing ketika ditahan orang awamKUCHING, 30 April-...

Presiden Maldives Mohamed Muizzu akhiri lawatan rasmi empat hari ke Malaysia
Nasional

Presiden Maldives Mohamed Muizzu akhiri lawatan rasmi empat hari ke Malaysia

Presiden Maldives, Dr Mohamed Muizzu diberi kawalan kehormat dalam satu majlis pelepasan...

Anwar hubungi pemimpin Kemboja, Singapura bincang isu Myanmar dan perdagangan serantau
Nasional

Anwar hubungi pemimpin Kemboja, Singapura bincang isu Myanmar dan perdagangan serantau

Foto FB Anwar IbrahimKUALA LUMPUR, 29 April – Perdana Menteri, Datuk Seri...