Sunday , 16 February 2025
Home Nasional Malaysia di landasan tepat, transisi menuju AI, semikonduktor, ekonomi digital
Nasional

Malaysia di landasan tepat, transisi menuju AI, semikonduktor, ekonomi digital

Malaysia di landasan tepat, transisi menuju AI, semikonduktor, ekonomi digital

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim/ Foto Facebook Datuk Seri Anwar Ibrahim

DAVOS, 24 Januari– Malaysia berada di landasan yang tepat untuk memacu transformasi landskap ekonomi negara.

Ia termasuk transisi negara ke arah sektor kecerdasan buatan (AI), semikonduktor dan ekonomi digital.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata langkah proaktif berkenaan membolehkan negara menerajui sektor-sektor strategik, sekali gus menjadikan Malaysia sebagai hab pelaburan berdaya saing di peringkat antarabangsa.

\”Jadi ini semua akan memberikan peluang pekerjaan ratusan ribu orang. Jadi kita dapat angkat kedudukan ekonomi mereka, jadi tak tertekan dengan kos sara hidup dan biarlah pekerjaan yang memberikan upah yang setimpal. Semua ini bermula dengan Malaysia ini negara yang kukuh, aman, punya dasar jelas.

\”Kalau ketimbang dengan negara serantau, kita dah menjadi tumpuan. Kita negara kecil, tapi tengok daripada segi penghormatan diberikan kepada Malaysia itu agak sangat baik. Jadi kita gunakan peluang itu sebanyak mungkin.

Sementara itu, dasar utama ekonomi negara harus menumpukan pada usaha memperluaskan ruang perdagangan dan jaringan di peringkat global.

Datuk Seri Anwar berkata langkah itu penting bagi memastikan Malaysia bersedia menghadapi sebarang tekanan baharu dengan pendekatan yang lebih fleksibel dan berkesan.

\”Saya katakan strategi Malaysia apa, ia membuka ruang perdagangan dan jaringan yang lebih luas. Sebab itu kita masuk BRICS, kita perkukuh dalam dua tahun ini, tengok kita punya lonjakan dengan negara China, bahkan dengan Rusia dan dengan Eropah, itu lebih besar, supaya seandai kata ada tekanan baru, ianya lebih lunak berbeda dari tidak melakukan apa-apa perubahan\”, katanya.

Beliau berkata demikian semasa sesi temu bual bersama Astro Awani selepas Sidang Kemuncak Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025 di Davos, Switzerland semalam.

Related Articles

99 murid di Klang sertai program gunting rambut percuma
Nasional

99 murid di Klang sertai program gunting rambut percuma

FOTO RTMKLANG, 16 Februari- Seramai 99 murid dan pelajar menyertai program gunting...

"Tingkat kefahaman agama dan budaya, demi keharmonian negara" – Aaron
Nasional

"Tingkat kefahaman agama dan budaya, demi keharmonian negara" – Aaron

Foto FB MenteriKUALA LUMPUR, 16 Februari– Salah satu cabaran terbesar yang dihadapi...

Banjir: Sabah kekal 54 penduduk terjejas pagi ini
Nasional

Banjir: Sabah kekal 54 penduduk terjejas pagi ini

FOTO ARKIB RTMKUALA LUMPUR, 16 Februari- Penduduk terjejas banjir di Sabah kekal...

Arus deras halang laluan, 11 pendaki diselamatkan di Lata Perangin
Nasional

Arus deras halang laluan, 11 pendaki diselamatkan di Lata Perangin

FOTO BOMBA PERAKTANJUNG MALIM, 15 Februari- Empat kanak-kanak antara 11 individu yang...