Monday , 17 February 2025
Home Nasional Majlis Fatwa Sabah putuskan GISBH bercanggah, menyeleweng
Nasional

Majlis Fatwa Sabah putuskan GISBH bercanggah, menyeleweng

Majlis Fatwa Sabah putuskan GISBH bercanggah, menyeleweng

Foto Fail: AFP

KOTA KINABALU, 17 Oktober- Majlis Fatwa Negeri Sabah memutuskan ajaran, amalan, pegangan dan fahaman ahli jemaah GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) dan syarikat gabungannya bercanggah dan menyeleweng daripada ajaran Islam berteraskan Ahli Sunnah Wal Jama\’ah.

Pejabat Mufti Negeri Sabah dalam kenyataan hari ini memaklumkan keputusan itu dibuat pada Muzakarah Khas Majlis Fatwa Negeri Sabah 2024 yang bersidang pada 1 dan 2 Okt lepas.

“Penyelewengan ini meliputi aspek akidah, syariah, akhlak, kekeluargaan, kemanusiaan, muamalah ekonomi dan membawa kepada perpecahan umat serta boleh mengancam keselamatan negara,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, GISBH menyeleweng daripada sudut akidah antaranya dengan meyakini Ashaari Mohammad atau Abuya ghaib dan akan muncul sebagai pembantu Imam Mahdi di akhir zaman serta meyakini amalan bertabarruk atau mengambil berkat yang bercanggah dengan syarak.

“Seperti bertabarruk dengan apa-apa yang digunakan oleh pemimpin GISBH antaranya makan dan minum air basuhan tangan, rendaman gigi, janggut dan lain-lain,” katanya.

Penyelewengan daripada sudut syariah menurut Pejabat Mufti Negeri Sabah termasuk mendakwa solat Jumaat tidak wajib kerana belum tertegak kerajaan Imam Mahdi dan menunaikan solat jamak qasar secara berterusan dengan alasan dalam perjuangan fisabilillah.

Sementara penyelewengan dari sudut muamalah ekonomi antaranya penyalahgunaan rumah amal untuk mendapatkan sumbangan daripada kerajaan serta orang ramai dan eksploitasi ahli pekerja seperti kerja tanpa gaji serta pembayaran wang tugasan harian.

“Sehubungan dengan itu, mana-mana ahli jemaah GISBH dan orang Islam yang mengamalkan fahaman dan ajaran GISBH wajib bertaubat serta meninggalkan fahaman dan ajaran tersebut dengan segera,” menurut kenyataan itu. – BERNAMA

Related Articles

99 murid di Klang sertai program gunting rambut percuma
Nasional

99 murid di Klang sertai program gunting rambut percuma

FOTO RTMKLANG, 16 Februari- Seramai 99 murid dan pelajar menyertai program gunting...

"Tingkat kefahaman agama dan budaya, demi keharmonian negara" – Aaron
Nasional

"Tingkat kefahaman agama dan budaya, demi keharmonian negara" – Aaron

Foto FB MenteriKUALA LUMPUR, 16 Februari– Salah satu cabaran terbesar yang dihadapi...

Banjir: Sabah kekal 54 penduduk terjejas pagi ini
Nasional

Banjir: Sabah kekal 54 penduduk terjejas pagi ini

FOTO ARKIB RTMKUALA LUMPUR, 16 Februari- Penduduk terjejas banjir di Sabah kekal...

Arus deras halang laluan, 11 pendaki diselamatkan di Lata Perangin
Nasional

Arus deras halang laluan, 11 pendaki diselamatkan di Lata Perangin

FOTO BOMBA PERAKTANJUNG MALIM, 15 Februari- Empat kanak-kanak antara 11 individu yang...