Home Nasional Lebih 600 sertai JKR Rando Kuching Fun Run 2024
Nasional

Lebih 600 sertai JKR Rando Kuching Fun Run 2024

Lebih 600 sertai JKR Rando  Kuching Fun Run 2024

Foto RTM

KUCHING, 8 Disember-Lebih 600 kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) seluruh Sarawak menyertai JKR/Rando Kuching Fun Run 2024 yang berlangsung pagi tadi.

Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk Ir. Aidel Lariwoo, bersama Pengarah JKR Sarawak, Ir. Cassidy Morris, hadir bagi melepaskan peserta larian tersebut.

Larian santai itu bertujuan memberi peluang kepada kakitangan jabatan untuk terlibat dalam aktiviti fizikal, sekali gus menekankan kepentingan gaya hidup sihat dan aktif demi kesejahteraan fizikal dan mental.

Selain itu, program berkenaan turut menyediakan platform untuk kakitangan dan pegawai saling berhubung serta membina hubungan baik, bagi mengukuhkan kerjasama dalam jabatan dan mengeratkan perpaduan sesama warga JKR.

Related Articles

Banjir: Satu lagi PPS dibuka di Tatau, malam tadi
Nasional

Banjir: Satu lagi PPS dibuka di Tatau, malam tadi

Banjir di SarawakKUCHING, 24 Januari– Sebuah lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka...

PATI terjun bangunan elak ditangkap
Nasional

PATI terjun bangunan elak ditangkap

Antara PATI yang ditahan JIM KL menerusi Op Sapu KL Strike ForceKUALA...

Malaysia di landasan tepat, transisi menuju AI, semikonduktor, ekonomi digital
Nasional

Malaysia di landasan tepat, transisi menuju AI, semikonduktor, ekonomi digital

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim/ Foto Facebook Datuk Seri Anwar IbrahimDAVOS,...

TBC: PETRONAS Carigali agih pek makanan di Bintulu dan Miri
Nasional

TBC: PETRONAS Carigali agih pek makanan di Bintulu dan Miri

Program CSR “Uplifting Lives: Chinese New Year” anjuran PETRONAS Carigali Sdn Bhd...