Home Nasional KKM sediakan 13 pakar psikologi rawat 449 kanak-kanak diselamatkan dalam Op Global
Nasional

KKM sediakan 13 pakar psikologi rawat 449 kanak-kanak diselamatkan dalam Op Global

KKM sediakan 13 pakar psikologi rawat 449 kanak-kanak diselamatkan dalam Op Global

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni

SEPANG, 23 September – Kementerian Kesihatan (KKM) sediakan 13 pakar psikologi daripada Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan dan Hospital Kuala Lumpur, bagi melakukan saringan kesihatan mental terhadap 449 kanak-kanak yang diselamatkan dalam Op Global.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, KKM sentiasa bersiap sedia menyediakan pasukan perubatan yang melibatkan psikologi dan kesihatan mental, sekiranya terdapat pertambahan bilangan mangsa yang diselamatkan.

\”Kita sekarang menyediakan satu pasukan mengetuai berkenaan kesihatan mental seramai 10 pegawai psikologi daripada NCEMH pusat kecemerlangan kesihatan mental malaysia dan tiga psikologi dari HKL yang membantu membuat saringan kesihatan mental kepada kanak-kanak tersebut\”

\”Terdapat aktiviti yang dilakukan oleh kumpulan psikologi ini untuk membantu trauma kanak-kanak tersebut.\” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Keselamatan Dunia Peringkat Negeri Selangor 2024 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal Satu, Sepang.

Related Articles

Pemerkasaan bumiputera, tingkat mobiliti sosial
Nasional

Pemerkasaan bumiputera, tingkat mobiliti sosial

Datuk Seri Anwar IbrahimKUALA LUMPUR, 15 Mac- Kerajaan terus memberi fokus terhadap...

KDN lulus 19,627 permit masuk sejak 2015
Nasional

KDN lulus 19,627 permit masuk sejak 2015

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution IsmailKULIM, 15 Mac – Kementerian...

Manfaatkan pakar tempatan, elak kebergantungan pakar luar
Nasional

Manfaatkan pakar tempatan, elak kebergantungan pakar luar

Profesor Dr. Zafir Khan Mohamed MakhbulKUALA LUMPUR, 15 Mac- Organisasi dalam negara...

Program repatriasi migran dalam proses dilanjut
Nasional

Program repatriasi migran dalam proses dilanjut

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution IsmailKULIM, 15 Mac – Jabatan...